SK Dallas , Kota Belud

Assalamualaikum. Kali ini akak ke sekolah. Asyik jalan ke tempat pelancong saja. Sesekali tak salah untuk melawat sekolah Lokasi  ...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum. Kali ini akak ke sekolah. Asyik jalan ke tempat pelancong saja. Sesekali tak salah untuk melawat sekolah

Lokasi 

Terletak dalam daerah Kota Belud dan ianya merupakan sekolah yang paling jauh dari PPD Kota Belud,senang cakap ianya berada di penghujung daerah. Senang cerita dan bagi senang faham ,kalau nak tahu lokasi sekolah ini adalah di Pekan Nabalu. Pergi saja ke Anjung tinjau hujung Pekan Nabalu dan pandang ke bawah kamu akan nampak atap-atap. Disitulah lokasi sekolah ini.


SK Dallas

Hebat namanya ,ada cerita tersendiri mengenai nama sekolah ini. Menurut pengawal keselamatan yang kami berbual dan bercerita serba sedikit mengenai sejarah nama sekolah ini bermula dengan sebatang pokok yang sangat besar di lokasi itu yang namanya Dallas. Dari situlah juga muncul nama sekolah ini.Begitulah kisahnya.Kalau ada versi lain bolehlah saling berkongsi sini.


Kenapa akak suka melawat sekolah

1. Akak suka sebab setiap sekolah ada pelbagai versi ilmu yang dipamerkan untuk tontonan pelawat di situ.

2. Sekolah kampung begini lebih fokus kepada pembelajaran kendiri yang memberangsangkan kerana bilangan murid yang kecil dan guru lebih senang mengawal semua murid.

3. Sekolah ini merupakan antara sekolah cemerlang Daerah Kota Belud,malah antara sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah cemerlang negeri Sabah juga.

Tip travel dan kesihatan

1. Pastikan ke lokasi ini ketika tidak hujan,kerana jalannya sedikit berbatu masuk ke sekolah ini.

2. Wajib singgah jika berkesempatan kerana sekolah ini persekitarannya unik dengan ruang pidato yang tersendiri.

3. Tiada kedai di sini,makan dahulu di Pekan Nabalu.

Rumusan,jangan sangka sekolah kecil tidak mampu mengeluarkan murid cemerlang. Inilah contoh sekolah yang mampu mengeluarkan murid yang boleh bertutur dengan pelbagai bahasa. Terkejut bukan,mereka bersekolah pagi disini. Petang pula mereka berniaga di Pekan Nabalu yang berada di bukit atas sekolah mereka. Malah menurut guru yang mengajar di sini,ada dikalangan anak muridnya mahir berbahasa inggeris dan korea kerana sering berkomunikasi dengan pelancong yang datang membeli-belah di gerai maknya.

Ingatnya,pembelajaran ini sama ada bermula di sekolah ,berkesinambungan di persekitaran bagitulah sebaliknya.

Oklah...cukup sampai disini,nanti kita jumpa lagi.



Lain-lain gambar intai DI SINI. Untuk mudah klik SEE FIRST dan FOLLOW pasti kalian orang terawal lihat post akak.


You Might Also Like

1 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif