Thailand - Narathiwat
Tips travel dan kesihatan
Paksina Hotel , Narathiwat
10/18/2018Assalamualaikum,salam jelajah Negara Gajah Putih (Thailand). Jangan kata akak orang Thailand,akak orang Malay tapi suka jalan-jalan masuk Siam. Kadang-kadang masuk untuk membeli-belah tapi paling kerap masuk cari makanan yang sedap-sedap.
Apa menarik di Paksina Hotel:
- Akak suka landskap hotel ini. Cuba lihat gambar atas. Gambar lain,boleh cari di link CERITAKU UNTUK MU
- Hotel bersih,sunyi dan sangat sesuai untuk bermalam atau mat salleh kata "overnight"
- Kedai makan yang berhampiran.
- Ada wifi.
- Bilik ada penghawa dingin.
- Tv ada saluran dunia.
- Peti sejuk
Berapa harga semalaman? Tidak mahal hanya rm80 dengan segala kelengkapan yang tertulis di atas.
Tip Travel dan Kesihatan:
- Utamakan keselesaan jika kita sudah bergerak jauh dan lama dalam pengembaraan.
- Utamakan kebersihan bilik jika kita ingin bermalam dengan selesa.
- Yang penting utamakan keselamatan....nanti akak ulas (next entry)
Kesimpulannya: berjalan atau mengembara itu bukan semata-mata menghabiskan duit tetapi yang utama apa yang kita perolehi sepanjang pengembaraan kita.
Bacaan atau info lanjut Paksina Hotel:
2 rajin tulis
Dah lama x gi ke Golok sbb takut keselamatan terancam best la baca entri pengembaraan akak ni. Jika free jemput ke blog saya pula. Tq. www.zukidin.com
ReplyDeleteTerima kasih Tuan. Jemput follow dan like pages FB kami. Insyaallah Selamat di Sungai Kolok.
DeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif