Balai Polis Kundasang

Assalamualaikum... Jangan kamu tanya mana balai? Sebab pada awalnya akak ada juga tertanya mana lokasi Balai Polis Kundasang?  Pu...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum...
Jangan kamu tanya mana balai? Sebab pada awalnya akak ada juga tertanya mana lokasi Balai Polis Kundasang? 

Punya mata tak memandang dengan jelas... Banyak kali lalu depan balai pun tak perasan rupanya itu lah lokasi yang dicari.

Berada di bahagian belakang pekan Kundasang. Ianya bersebelahan dengan dengan orang ramai.

Kenapa perlu tahu?

Jika dalam kesusahan,pastikan ingat dalam kepala . Cari balai. cari polis. Kalau akak lah. Sebab orang ramai belum tentu mampu membantu. Tapi jika pihak berkuasa mereka pasti membantu sehabis baik.

Nak dapat apa saja info setempat. Jangan takut masuk balai. Mereka tak tangkap,kalau kita tak buat salah. Malah informasi dari mereka lebih tepat kerana sentiasa dikemaskini dengan maklumat baru.

Kesimpulan:

Pergi kemana saja ,pastikan lokasi penting sebegini kita tahu untuk kita tuju terus jika ada sebarang kecemasan.

Jangan pula kamu takut,selepas baca entry balai ini.


Sabah selamat dikunjungi.

You Might Also Like

35 rajin tulis

  1. Betul tu kena selalu beringat sebelum kena.

    ReplyDelete
  2. yes good idea kak.
    kena tau mana balai polis.
    ni asyik holiday, tetiba pe pe berlaku, kelam-kabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tahu...sebelum terjadi apa-apa yang diluar jangka.

      Delete
  3. wahhh terima kasih, atas perkongsian ni. memang selalu jarang kita ambil berat tentang tempat kecemasan macam ni sebab syok sangat berjalan, kan? bagus ni. thank you ya!

    ReplyDelete
  4. Betul juga kan....especially kalau berada bukan di tempat kediaman kita...kena selalu berhati hati walau di mana kita berada...

    ReplyDelete
  5. setuju , kemana sekali pun . spot tempat yg boleh pergi sekiranya ada kecemasan.

    ReplyDelete
  6. ciktom pergi kundasang hari tu pun tak perasan kat mana balai polis...rindunya nak ke sana lagi..memang best sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Akak mulanya tak perasan juga walhal lalu depan balai. Sila booking tiket datang lagi.

      Delete
  7. Tq sharing info ini..mmg bagus untuk peringatan bersama..kalau pergi tempat orang kena sentiasa alert bab ni..

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang kita ke suatu tempat, tak terfikir pun tempat penting macam ni. Bukan sahaja lokasi balai polis, klinik atau hospital pun penting kan. Terima kasih atas ingatan ini :)

    ReplyDelete
  9. Betul juga kan. Kdg2 org selalu x kisah psl perletakan balai polis sbnrnya ptg. Klu jadi apa balai polis juga dituju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balai sekarang tempat awam yang penting untuk semua urusan keselamatan.

      Delete
  10. Balai Polis waktu panik memang tak jumpa kak. Hahaha. Saya dulu cari balai polis bandar sri damansara. Boleh lalu sampai 7 kali tak jumpa-jumpa. Rupanya elok je dekat sebelah stesen minyak yang dah tutup lama. Hahahaha. Aduh siap bergaduh-gaduh dengan suami mencari balai polis.

    ReplyDelete
  11. Mula2 ingatkan kenapa dengan balai tu, heheh. but I agreed jugak, memang kena make sure jugak tempat2 macam tu bila pergi mana2 kan, senang in case if ada any emergency. Bila awal2 dah tau siap2 macam ni, at least takdelah gelabah ke apa nanti kan. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang-jarang orang karang ayat tajuk balai ni. Hihiii

      Delete
  12. Setuju kak..memang mana- mana travel kalau boleh pastikan tempat tu ada balai..itu kalau dalam Malaysia la..kalau luar Malaysia pun SA particular bab keselamatan ni...kita tak tau kan nasib kita kat tempat orang..

    ReplyDelete
  13. Setuju. Faktor keselamatan diutamakan.

    ReplyDelete
  14. Pergi mana mana memang kena tahu lokasi balai berhampiran supaya kalau jadi apa apa senang kita nak tuju terus ke balai. Di balai memang kita akan dapat informasi yang tepat jika kita tak biasa dengan sesuatu tempat dan keadaan. Boleh saja pergi untuk dapatkan maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga informasi yang tidak lengkap di Balai ini,sebab seb pergerakan mereka dalam lokasi yang dihadkan kena ke lokasi balai berikutnya untuk lokasi lain.

      Delete
  15. Yes betul tu kita kena peka dengan keadaan sekeliling kita. Kena tahu di mana balai polis, hospital, dan tempat penting yang lain. Apa2 jadi kita dah atau apa nak buat bukan.

    ReplyDelete
  16. Setuju ! Lokasi tmpt2 penting sperti balai wajib kita tahu. Senang nk pergi sekiranya terjadi apa2

    ReplyDelete
  17. Betui tu lokasi balai polis.mesti kena taw Kalau jadi sesuatu seperti accident nk report ke . Kita sudah tau mana mau tuju.

    ReplyDelete
  18. risau tengok balai ni hahaha airah pun tak pasti mana balai polis terdekat dengan rumahhhh erkkkkk thankyou kak ingatkan terus kena tanya husband nanti kalau apa2 jadi senang

    ReplyDelete
  19. Comel jer balai polis. Thanks atas perkongsian dan peringatan kak. Betul jugak tu. Kena make sure kita tahu kat mana balai polis. Kot ada kecemasan ke kan.

    ReplyDelete
  20. Tq kak mah mengingatkan. Memang kalau travel fikir seronok jer, lupa dh part bersedia dan berjaga-jaga. Xpernah sampai kundasang lagi seumur hidup ni..teringin nak pergi

    ReplyDelete
  21. next time travel pun kena tengok balai polis kat mana jua...

    Tak pernah pergi kundasang lagi ni..

    ReplyDelete
  22. abit terkejut jugaklah suddenly see an entry about balai polis...but yea that's true...everyone especially constant travellers should know where is the nearest police station in case of an emergency.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif