www.ceritaku.my

Entry wordless semalam,pasti ramai yang terliur. Terima kasih kepada semua yang komen entry WORDLESS yang pertama saya paparkan semalam. Kita teruskan pula kisah perjalanan bermotorsikal kami berdua,lokasi bermalam@rehat kami ialah ke Pak Bara. Dari Padang Besar,Perlis ke Pak Bara,Satun ini hanya 1-1 1/2 jam saja.Target awal kami nak kenal mana letaknya Pak Bara ini,di samping nak berehat dari kepenatan bekerja. Sampai di Pak Bara pun dah petang...boleh lihat suasana dingin petang dengan tiupan angin laut dibasahi pula oleh titisan hujan petang.Romantik bukan....sejuk dan basah kami sampai di Pak Bara.

www.ceritaku.my

Ini pula lokasi penghujung jalan pantai di Pak Bara.Sunyi bukan...maklumlah tak ada orang hujan masa ni...tapi renyai-renyai saja...kami masih main air hujan. Dah alang-alang basah,baik terus basah sebelum check-in bilik. OOoooo...bilik nak intai bilik yang berkenan di hati. Tak mahal sewa bilik sini,sekitar rm50 duit Malaysia.

www.ceritaku.my

Percaya tak? Kena percaya,di Pak Bara penggunaan Bahasa Melayu ada di papan tanda . Ini buktinya.


www.ceritaku.my

Deretan kedai pun lengang saja...dah petang ramai penghuni masuk bilik. Kami saja belum jumpa bilik yang berkenan di hati...Ada tak sesiapa nak tolong cari bilik untuk kami..Jom! kita cari bilik...dah nak senja ni.Tak baik senja-senja tak balik,nanti mak marah.
www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Selesai makan laksa Kak Su Kuala Perlis dan berjumpa dengan rider Hasmizal juga penulis blog. Anda boleh baca penulisannya di Irdina sekeluarga. Kami singgah di Taman Negeri Perlis,sebab saya macam ternampak kelibat seseorang yang dikenali ada di situ.

www.ceritaku.my

Yes....betul ini kawan kami. Boleh dikatakan Otai rider juga. (gambar kami dah minta izin penyiarannya dari tuan badan).Mereka sekumpulan baru saja selesai jelajah berbasikal di sekitar selatan Thailand.Sempatlah berborak sekejab sebelum kami bertolak ke border.Selamat tinggal kami jalan dulu.

www.ceritaku.my

Melepasi arked pekan sehari...macam tak berfungsi lagi arked ini.

www.ceritaku.my

Selesai cop passport,Abe Mat berposing dengan salah seorang pegawai imigresen Thai kalau tak silap saya.Sambil bercerita untuk mendapatkan maklumat destinasi ride kami seterusnya....Ramai yang tertanya-tanya kami nak menuju ke mana ni?....Jom! ikut ride jangan banyak tanya.

www.ceritaku.my

Solo ride ni best tak terikat,nak berhenti lokasi mana? Nampak kedai makan terus kami berhenti sebab lapar pun ya....sebab hujan pun ya juga. Sambil makan sambil menunggu hujan berhenti.

www.ceritaku.my

Meja depan kaunter kedai dah pamer pelbagai makanan enak. Pilihan di tangan anda pesan dan makanlah ikut selera.

www.ceritaku.my

Memang menakjubkan....hidangan tukang masak dari Pattani ini. Sedap...menyelerakan,banyak pula walhal kami pesan setiap menu untuk hidangan seorang makan.....maaf ya nak makan dulu nanti kita sambung cerita nak ride mana ni? Sabar ya.
www.ceritaku.my

Trip Penang dah selsai.Kami amat jarang ke utara tanahair ni. Maklumlah terasa jauh sangat nak ke utara sana. Kali ini memang nak sangat menuju ke Perlis. Kami nak kenal Kuala Perlis yang tersohor sebagai laluan utama ke Pulang Langkawi.Di samping itu,yang paling utama nak mencuba laluan border Padang Besar yang tersohor juga sebagai laluan ke Thailand.

www.ceritaku.my

Pembaca pun dah tengok gambar atas kami berhenti,minum...kasi power perut yang dah berbunyi lagu rock.

www.ceritaku.my

Nampak tak papan tanda depan tu! Yes...akhirnya kami sampai juga di Perlis Indera Kayangan.

www.ceritaku.my

Ada muzium kayangan di Perlis ni. Kami tak sempat nak pergi muzium...mungkin lain kali kami ke sana.

www.ceritaku.my

Sampai Perlis jangan lupa ladang tebunya yang besar ini. Ingat tebu mesti ingat gula,tapi KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN.

www.ceritaku.my

Bukti kami sampai sini.

www.ceritaku.my

Hanya sempat ambil gambar saja.

www.ceritaku.my

Kami masih sempat merayau di sekitar kedai ni...khabarnya ada laksa sedap.

www.ceritaku.my

Berdekatan dengan lokasi ini kami menjumpai kedai Laksa kak Su yang tersohor di sini.Kalau nak tengok papan tanda kedainya tengoklah di Laksa Kak Su.Tak sempat nak ambil gambarnya,saya kebetulan demam tak ada mood nak ambil gambar.

www.ceritaku.my

Gambar laksa di kedai Kak Su. Bagi peminat laksa,anda bolehlah mencuba...kedainya di sekitar Bandar Kuala Perlis senang dijumpai. Nak tahu rasanya,kenalah datang cuba di sini dulu.Permisi...semua..mak pesan kalau makan jangan bercakap!
                                      www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Saya dah selesai melawat lokasi sejarah ini dengan Abe Mat. Matahari pun dah meninggi,perut pun berirama kami nak menuju ke kedai Nasi Kandar Line Clear. Lokasinya anda boleh cari di SINI.

www.ceritaku.my

Sambil jalan keluar dari lokasi ini,sempat lagi jari memetik picu kamera. nak tunjuk pada pembaca sekalian. Jangan lupa ambil gambar bawah gerbang ni.

www.ceritaku.my

Jom!kita ke lokasi seterusnya....mencari kedai Nasi Kandar Line Clear yang tersohor itu.

www.ceritaku.my

Akhirnya jumpa juga kedai ini,masa kami tiba belum ramai lagi so Line Clear tak perlu nak beratur panjang.

www.ceritaku.my

Senangnya nak menyediakan minuman...semuanya dah moden.

www.ceritaku.my

Tuu...dia ! ikan kalau nak boleh minta .

www.ceritaku.my

Lauknya pelbagai,tak sempat nak ambil gambar sebab dah sampai giliran nak ambil makanan.

www.ceritaku.my

Ini saja menu pilihan saya,banyaknya. Macam tak berapa nak habis,tak mengapa Abe Mat ada untuk aktiviti menghabiskan makanan...hihiii...

www.ceritaku.my

Deretan menu yang saya baru perasan selepas dapat makanan.Tak sempat nak baca menu sebab makanan ada depan mata pilih saja yang berkenan.

www.ceritaku.my

Sejarah kedai ini bermula dari tahun 1930,wah....lama betul. Sudah 82 tahun,agaknya dah generasi ke berapa keturunan mereka mewarisi perniagaan ini....? Oooo...ada nak tahu keenakkan rasanya,bagi pendapat lidah Kelate saya (jangan marah)...rasanya lebih kepada kari mamak...india yang  banyak rempah-ratus dalam pelbagai kuah gulai masakannya.Kalau anda peminat kepada rempah-ratus memang ini pilihan tepat untuk anda. bagi yang kurang meminati limpahan rempah-ratusnya,sila maklumkan awal di kaunter depan supaya mengurangkan curahan kuah berempah di nasi anda.Alhamdulillah kenyang. Dah selesai trip Penang,walaupun tak  habis satu Pulau Pinang...insyaallah kesempatan lain kami akan ke sini lagi.Bye....kami nak balik Kelantan. The End for this trip!.
www.ceritaku.my

Masa sampai saya memang tertarik rekacipta ini. Ada juga beberapa orang pelancong yang ambil kesempatan mengambil gambar kenang-kenangan bergambar di sini. memang unik,daya tarikan di lokasi sejarah Fort Cornwallis ini.Kalau anda datang,bolehlah bergambar ....di sini.

www.ceritaku.my

Sempatlah juga saya menjenguk lokasi pameran di sekitar lokasi sejarah ini.Dapat mengetahui sejarah lampau kedatangan Perancis ke Tanah Melayu. Hanya saya tak sempat nak pikul bawa balik rempah-ratus dalam guni tu je...hihii...

www.ceritaku.my

Sejarah Francis Light bermula di sini,kalian baca lah sendiri....

www.ceritaku.my

Francis Light dan Kerajaan Kedah dahulu....ada juga kaitan sejarahnya.Saya belajar sejarah hari ini. Uppsss..teringat zaman sekolah menengah pula.

www.ceritaku.my

Suka ....paparan unik sejarah ini.

www.ceritaku.my

Uniknya paparan sejarah ini membuat saya leka membacanya. Abe Mat dah hilang....ermmm

www.ceritaku.my

Mencari Abe Mat....di sini tak kelihatan.

www.ceritaku.my

Itu Abe Mat mendahului saya nak ke kubu.

www.ceritaku.my

Abe Mat dah nampak meriam ni....

www.ceritaku.my

Abe Mat nak tuju meriam ke mana tu? Kalian kena hati-hati,sembunyi di kubu berdekatan.Bye ...! saya nak lari dulu takut kena bedil "kato ore KelatE".
www.ceritaku.my

Batu Ferringhi yang terkenal dengan aktiviti airnya,kami tinggalkan. Lantas laju bergerak kenderaan menuju ke Padang Kota Lama.Lokasi yang terkenal dengan keunikkan sejarah lampau.Khabarnya ada wujud dua, satu Padang Kota Lama dan satu lagi Padang Kota Baru.

www.ceritaku.my

Lokasinya pinggir pantai yang indah dan bersih. Pemandangan cantik yang boleh kita nikmati di waktu petang atau malam di Padang Kota Lama ini.

www.ceritaku.my

Ketika kami sampai waktu dah pun tengahari....panaslah sikit. Mungkin lain kali akan datang lagi ke Padang Kota Lama....waktu malam pula. Pemandangan tetap cantik....tempatnya pun bersih.

www.ceritaku.my

Lepas ini nak ke Fort Cornwallis pula. Sebelum ke sana kita tinjau dulu apa yang ada di sekitar lokasi ini.

www.ceritaku.my

Tugu peringatan yang ada di sini....ada kisah menyatakan ketika peristiwa tsunami 2004 dulu,air laut melepasi benteng Padang Kota Lama ini.(Benteng ini dibina dengan tujuan menghalang penghakisan air laut pada daratan).

www.ceritaku.my

Tugu peringatan yang mengimbau sejarah lampau.

www.ceritaku.my

Kaki kami sudah jejak di sini....Anda dah sampai sini?

www.ceritaku.my

Khabarnya bangunan ini merupakan Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang...(harap betulkan maklumat ya, para pembaca yang lebih mengetahui).
www.ceritaku.my

Fort Cornwallis,lokasi sejarah seterusnya.bagi yang ingin mengetahui secara mendalam boleh layari FORT CORNWALLIS. Anda akan dapat maklumat di situ.

www.ceritaku.my

Pintu masuk utama ke lokasi Fort Cornwallis.

www.ceritaku.my

Bayaran masuk pun tidak mahal dan berbaloi melawat lokasi sejarah ini.

www.ceritaku.my

Inilah penyamput tetamu kami Captain Francis Light.Sejarah bermula dari beliau hingga maju dan terkenal Pulau Pinang@Penang@Tanjung Bidara. Saya tinggalkan pembaca untuk menikmati gambar sejarah lampau di sini.



## Kawan-kawan yang menyambut Krismas- Selamat Menyambut Perayaan Krismas
## Kakngah Mila - Selamat Ulang tahun ke 3 - big baby krismas
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home