Jelajah alam Part 2

www.ceritaku.my

Seronok memang seronok singgah di lokasi riadah wisata Kerinci ini. Inilah bangunan yang masih dalam pembinaan ketika sesi jelajah kami. Ramai yang menyangka kami berdua jelajah di bulan ramadhan,untuk pengetahuan anda Trans Indonesia ini kami lakukan ketika Disember 2010 yang lalu. Baru sekarang berkesempatan memaparkan kisah Trans Sumatera terus ke Pulau Jawa pulang pula melalui Kalimantan serta kami terbang dari Kuching,Sarawak untuk ke Kuala Lumpur. Tinggalkan kisah ini kita pakat lihat paparan seterusnya...

www.ceritaku.my

Sebelum memulakan ride kami akan bertanya mengenai jalan yang bakal ditempuhi,bukan apa supaya mudah bagi kami bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersiap-sedia jika berlaku kecemasan...tidaklah kalut sangat. Inilah jalan utama yang kami berempat tempuhi menuju ke Muara Imat.Lori,bas awam,kereta apatah lagi motorsikal seperti kami ini mesti melalui jalan ini. Kenalah bertolak-ansur antara pengguna jalan raya bila berada di lokasi sebegini. 

www.ceritaku.my

Pemandangan biasa bila melalui kawasan kampung dengan sawahnya terbentang luas...TETAPI ini paling menarik cuba perhati betul-betul....ada KINCIR AIR...Kami memang tidak menyangka mereka masih menggunakan teknologi kincir air ini. Kalau di Malaysia rasanya anak-anak muda sudah tidak dapat nak melihat kincir air sebegini,uniknya walau pun sudah menuju kemodenan tetapi yang klasik tetap pilihan.

www.ceritaku.my

Selamat tinggal Sungai Penuh, selamat tinggal Kerinci...Kenangan di sana tetap segar dalam ingatan. Malahan jika ada kesempatan lagi kami akan ride sekali lagi di sana.

www.ceritaku.my

Anda nak siaran mana? Pilih saja,lihatlah piring antena siaran TV...besar sungguh,Kalau di Malaysia saya rasa banyak penggunaan di Borneo. Ada tidak di Semenanjung?

www.ceritaku.my

Seperti yang saya katakan tadi,pengguna jalan raya saling bertolak-ansur antara mereka. Saya masih ingat lagi  ketika ini biker Tony Arya membunyikan hon meminta laluan dari pemandu lori,dan kami di belakangnya pun turut serta membunyikan hon....dengan selamat kami mendahului lori ini. Terima kasih bang driver lori,atas kerjasama yang diberikan.

www.ceritaku.my

Memberhentikan atau memarkirkan kereta di tepi jalan adalah perkara biasa berlaku di Indonesia ini. Bagi anda yang bakal ride atau jelajah di Indonesia perlu ingat perkara ini. Perkara penting ialah kejasama dan tolak-ansur antara kita sebagai pengguna jalan raya. Malahan pakcik ini siap tunduk tanda hormat pada kumpulan kami berempat sebagai balasannya saya sekadar mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih harap-harap pakcik itu fahamlah. Paling best pula saya sempat merakam gambar pakcik ini,terima kasih pakcik kerana memberi ruang kami melalui jalan ini.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home