Jelajah alam Part 3 dari Kerinci ke Muara Imat

Mulanya kami menyangka perjalanan pada pagi ini menyenangkan...rupa-rupanya boleh tahan juga mendaki bukit yang 9 itu. Naik turun bukit ...

www.ceritaku.my

Mulanya kami menyangka perjalanan pada pagi ini menyenangkan...rupa-rupanya boleh tahan juga mendaki bukit yang 9 itu. Naik turun bukit sepanjang jalan. Nasib baik ada group bikers Kerinci yang menemani kami sehingga sampai di Muara Imat. Kalau tidak,kami tidak pasti dapat meneruskan perjalanan atau tidak?...tahukah anda ini adalah jalan yang terbaik dan terpantas untuk ke Sarolangon,masih dalam propinsi Jambi.

www.ceritaku.my

Anda nampak dalam gambar ini umpama jalan datar saja sebenarnya ianya jalan mendaki bukit,agak tinggi juga...Tergugat juga ER6 kami nak menaiki bukit ini. Tambahan pula berat motorsikal saja sudah hampir 200kg belum termasuk 3 boxes dan bebanan isi dalamnya. Memang sukar motorsikal yang berat untuk mendaki bukit...akhirnya kami bertukar motorsikal dengan si Rey Nold tanpa pembonceng di belakang. Kenapa tanpa pembonceng...? Faktor jalan yang mendaki akan menyukarkan pergerakan motor tambah pula dengan batu kerikil jalan yang halus dan kecil memudahkan kemalangan jika terabai walau sesaat ketika pemanduan. Suka Rey Nold dapat membawa ER6...

www.ceritaku.my

Abang Mat pula menunggang motor Rey Nold...Best katanya motor Rey Nold amat ringan jika dibandingkan dengan ER6 kami.

www.ceritaku.my

Inilah gambar perjalanan mendaki bukit yang baru saja kami lalui...Memang mencabar !

www.ceritaku.my

Sampai di puncak,kami berhenti ambil gambar..Saya nak menghampir tanah merah itu untuk mengambil gambar lebih cantik tapi TAKUT lah tinggi sangat,nanti tak pasal-pasal jatuh.

www.ceritaku.my

Lihat lah Rey Nold dengan ER6 kami terpaksa menghentikan motorsikal untuk melihat laluan mendaki ini,kerana apa? Kalau bawa perlahan pun boleh jatuh apatah lagi jika dibawa laju jadi kena lihat laluan dan membawa motorsikal dengan berhati-hati.

www.ceritaku.my

Alhamdulillah ...lega,mereka kata selepas ini lalui OK! Sedap hati mendengarnya..Berhenti rehat sampi minum kopi.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Tahukah anda Kerinci merupakan pengeluar utama/hasil ekonominya yang utama ialah kulit kayu manis. Lihat kulit kayu manis yang saya pegang itu pemberian makcik gerai ini besar,kita patahkanlah kalu nak guna sebagai bahan rempah masakan.

You Might Also Like

2 rajin tulis

  1. terbukti.. er6 mampu menempuh pelbagai keadaan jalan dan muka bumi..

    ReplyDelete
  2. betul bossss......november nanti ke Kalimantan,extreme ride.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif