Perjalanan ke Sungai Penuh - Part 3

  Pemandangan jauh GUNUNG KERINCI . Kami masih lagi dalam perjalanan menuju ke Sungai Penuh,jauh lagi nak sampai. Abang Mat rupanya s...

www.ceritaku.my
 Pemandangan jauh GUNUNG KERINCI.

Kami masih lagi dalam perjalanan menuju ke Sungai Penuh,jauh lagi nak sampai. Abang Mat rupanya setiap kali berhenti akan bertanya kepada Rey Nold bila mahu sampai ? Seperti biasa Rey Nold akan beritahu sebentar lagi,akan sampai pakcik... Selepas itu Rey Nold akan mula melarikan diri ...mengelakkan diri dari disoal.

www.ceritaku.my

Lupakan sebentar kisah Rey Nold dengan Abang Mat...Kami terpaksa melintas jambatan berlapis-lapis ini dengan penuh hati-hati,apa tidaknya papannya terjungkit sana sini bila dihempas oleh tayar motorsikal kami. Berdebar juga,manalah kalau ada yang reput ke bawahlah jatuhnya kami.

www.ceritaku.my

Penempatan penduduk antara satu rumah dengan rumah yang lain agak jauh sedikit tetapi masih wujud rumah ibadat di pinggir jalan. Bila ada rumah ibadat ini bermakna terdapat ramai penduduk yang berada di dalam kampung ,walau pun di pinggir jalan tiada kelihatan bumbung kediaman mereka.


Sebenarnya hari kami pada hari ini ialah menuju ke Kerinci tetapi untuk sampai ke sana kami perlu menempuhi Sungai Penuh terlebih dahulu.Lega bila nampak signboard Kerinci,dah tak jauh perjalanan kami. Tahukah anda Kerinci mempunyai gunung...? Ianya dikenali dengan nama Gunung Kerinchi/Korinci/Gunung Gadang/Berapi Kurinci/Puncak Indrapura. Dimana pula lokasinya..? Terlatak di Bukit Barisan hampir dengan pantai barat,lebih kurang 130km selatan Padang. Jangan lupa pula GUNUNG KERINCI ini merupakan gunung yang tertinggi di Sumatera. Bila ada gunung pasti ada hutannya...hutan pula mesti ada haiwan. Hutan lebat Taman Nasional Kerinci Seblat ini merupakan kediaman habitat harimau sumatra dan badak sumbu..Anda berminat nak melihat? Pergilah daki Gunung Kerinci...saya tak mahu...takut!

www.ceritaku.my

Seronok di sini sawah bendang tepi jalan saja,payah juga nak cari di Malaysia. Di lebuhraya utara selatan adalah kelihatan ....



Sudah tidak jauh kedudukan Sungai Penuh dengan Pertamina ini,kami berhenti rehat sambil mengisi perut ER6 yang lapar ini. Abang Mat sekali lagi menyoal Rey Nold..lama lagi ke mahu sampai di lokasinya? Seperti biasa..jawapan Rey Nold sebentar lagi pakcik,depan saja lagi. (bab: soal-menyoal ini saya hanya tahu selepas sampai di Kerinci).

www.ceritaku.my

Minyak habis,kami mengisi minyak botol...sama saja minyaknya hanya minyak pula ini lebih mahal sedikit harga,mahal pun kena isi juga. Nanti siapa nak tolak ER6..haru! hihiii...Rey Nold tercicir glovenya di sini.

Inilah Gunung Kerinci yang saya cerita. gunung Kerinci ini adalah Gunung Berapi aktif dan kali terakhir ianya meletus ialah pada tahun 2009.  Masih lagi aktif hingga sekarang..Tingginya 3,800 meter.






You Might Also Like

5 rajin tulis

  1. Gunung berapi tu masih aktif??
    Cantik betul pemandangan

    ReplyDelete
  2. Betul gunung Kerinci masih aktif lagi,hanya akhir-akhir ini tidak meletus,harap-harap tidak meletus.

    ReplyDelete
  3. apa nak buat kat sg penuh?apa brg2 unik yg blh dibeli?

    ReplyDelete
  4. saya ingin kesana tapi tak tau dengan sapa saya boleh berurusan.boleh bagi maklumat?
    jaffrihsi@yahoo.com

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif