Menu
Menu Padang hidangan perut..
8/02/2011Sememangnya di sini kalau kita perhatikan menu penuh meja, nak letak pinggan nasi pun tidak ada ruang. Untuk yang belum biasa dengan suasana di sini atau pertama kali datang ke Indonesia,bila masuk ke kedai makan dan mereka menghidangkan pelbagai menu sepenuh meja...biarkan saja dulu. Selepas itu barulah kita memilih hidangan yang sesuai dengan selera kita. Jangan risau mereka hanya meminta bayaran bagi menu yang kita makan saja kalau setakat ambil kuahnya adalah lebih baik kita minta mereka menghidangkan kuah kegemaran kita,itu tidak menjadi keberatan pada tuan kedai bagi memenuhi permintaan kita sebagai pelanggannya. Dalam pelbagai menu hanya 2 menu gambar di atas saja yang menarik minat saya untuk merasanya...bukan tidak sudi, terlalu banyak tak muat perut kami berdua.Sedap...menu pilihan saya dan memang puas hati disulami pula terung bakar cicah lada merah membangkitkan selera. Tak mengapa makan banyak sebab lepas makan kami akan sambung ride pula.
3 rajin tulis
nampak sedap..
ReplyDelete:D
selamat berpuasa.
masakan padang mmg best!
ReplyDeleteSalam, zmah. Selamat berpuasa buat zmah dan keluarga....:)
ReplyDeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif