Inilah gambar secara dekat pandangan luar keadaan rumah rakit yang saya lawati.Jelas terlihat kemiskinan hidup yang mereka lalui. Apa yang penting mereka berusaha mencari rezeki di Delta Mekong ini. Walaupun Delta Mekong ini turut terkena tempias 4 musim menurut penerangan pemandu pelancong saya. Ketika saya berada di lokasi ini,adalah musim panas. Memang panas,nasib baik kami memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi lagi.

Kehidupan masyarakat disini memang bergantung sepenuhnya dengan sumber yang diperolehi dari Delta Mekong. Delta ini lah sumber ekonomi utama bagi mereka menjalani kehidupan seharian. Betullah,menurut maklumat yang saya perolehi. Kebanyakan penduduk di sini adalah dari golongan miskin tegar. Apa yang penting mereka berusaha mencari rezeki.


Lihatlah kegigihan wanita ini,kalau saya memang awal-awal lagi dah tak mampu. Namun kekuatan,kegigihan dan keinginan mencari rezeki bagi menambah pendapatan yang mengatasi segalanya. Sumber makanan mereka ialah dipersekitaran mereka sendiri. Apa yang anda lihat sekarang ialah mereka berusaha menangkap ikan. Cuba lihat tumbuhan hijau yang menjalar dan terapung di permukaan air tu? Teka ....apakah nama tumbuhan tersebut?




Aktiviti bermula jam 7.00 pagi waktu Vietnam lagi. Perjalanan kali ini menuju ke rumah rakit,panggilan kita orang Malaysia. Pada mulanya kami diberi 2 pilihan sama ada menaiki bot besar dengan menunggu penumpang yang datang lambat dan pelbagai karenah atau menaiki sampan kecil ini. Sampan ini muat-muat 4 orang,pastinya memang mencabar dan mengerunkan sebab kecil dan saya pula tak tahu berenang. Langkah keselamatan pakailah jaket keselamatan,supaya selamat.





Inilah tour guide kami,memang fasih berbahasa Inggeris dan peramah orangnya. Untuk pengetahuan anda,pemandu pelancong ini memaklumkan kepada kami masyarakat di sini kebanyakannya memperolehi sumber ekonomi adalah dari Delta Mekong ini. Pastinya masyarakat di sini adalah antara masyarakat atau rakyat Vietnam yang miskin, bergantung sumber ekonomi dengan kesuburan Delta Mekong ini. Kalau anda ingin tahu,kebanyakan rakyat Vietnam yang berhijrah ke Malaysia mereka menggunakan pengangkutan air sejauh 700km perjalanan untuk sampai ke Pantai Timur,Malaysia. Selalunya mereka masuk secara haram di Perairan Kelantan atau Trengganu.

For Rolland Stoter and wife,we miss you and remember you...
Kami bergambar beramai-ramai,ramai pun hanya enam orang aje dari sebuah bas. Hanya kami berenam sahaja yang mengikuti atau dengan kata lain membayar untuk aktiviti ini. Baiklah bermula dari kiri gambar ialah seorang doktor dari Korea mengikuti lawatan ini bersama kawannya yang memakai baju hitam seorang peniaga Vietnam yang pernah menuntut di Universiti Korea,boleh berbahasa Korea. Manakala yang tertinggi itu ialah Rolland Stoter dan isteri dari Holland,maaf isterinya saya tak ingat lah nama panjang dan unik sangat.Apa kerja Rolland ,anda boleh melayari internet dan mendapat maklumatnya.Isterinya pula seorang penerbit di sebuah stesen radio di Holland.
Untuk pengetahuan anda,Rolland boleh berbahasa Melayu walau pun sedikit.Mereka berdua amat peramah dan baik. Begitu juga dengan pasangan Korea dan Vietnam ini.Memang menyeronokkan bila kumpulan kita sekepala. Tetapi kami terpaksa berpisah dengan pasangan doktor dan peniaga ini,mereka hanya mengambil trip di Chau Doc sahaja.
Gambar ini saya ambil hadapan hotel tempat penginapan kami. Ini merupakan pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat tempatan. Tambahan pula kawasan ini merupakan kawasan kampung yang tidak sesak lalu lintasnya. Walaupun terletak berhampiran dengan kem tentera dan sekolah. Lihatlah pelajar yang menaiki pengangkutan ini ke sekolah berhampiran. Saya tidak pasti apa nama kenderaan ini di Vietnam,bagi kita rakyat Malaysia kita lebih mengenalinya sebagai "lanca" atau "beca".

Saya sempat bergambar di hadapan sekolah rendahnya,ketika ini jam menunjukkan pukul 7.10 pagi masih belum ramai pelajar lagi.

Memang inilah jenis pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat tempatan di Chau Doc. Gambar ini saya rakam dihadapan pasar basah,maaf saya tidak dapat memaparkan suasana pasarnya kerana keadaan yang agak becak kerana hujan malam tadi.


Inilah aktiviti pagi masyarakat Vietnam di Cho Duc yang sudah bersiap-sedia memulakan perniagaan di awal pagi.Ketika saya mengambil gambar wanita ini jam menunjukkan pukul 7.00 pagi waktu Vietnam.Roti merupakan makanan sarapan pagi mereka,sama seperti kita juga.Menariknya tak satu biji roti pun yang jatuh ketika wanita ini meniti menuju ke sampan yang sedia menunggu di hadapannya.Bak kata pepatah "alah bisa,tegal biasa" dah lama berkecimpung dalam kerjaya ini dan aktiviti sebegini memahirkan diri mereka.


Suasana pagi 1 Jun 2009,jam menunjukkan pukul 6.45 pagi waktu Vietnam. Inilah antara pemandangan menarik yang sempat saya rakamkan untuk tatapan kita.Sungguh indah ciptaan Allah,pemandangan indah ini memang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Seawal pagi lagi mereka sudah bersedia memulakan aktiviti kehidupan mereka,sejuk juga ketika ini.Tapi saya tidak mahu melepaskan peluang menikmati saat-saat indah matahari naik disini.Memang indah suasananya.


Masih sempat bergambar dengan makcik,pakcik,dan kakak ni sebelum mereka bertolak memulakan aktiviti perniagaan.Kebanyakkan mereka terdiri dari nelayan yang beroperasi di sekitar Delta Mekong.Ada juga yang terlibat dengan aktiviti pertanian juga di Delta Mekong ini.
Kehidupan mereka amat memeritkan umpama "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" itu lah kehidupan mereka seharian.Delta Mekong umpama lubuk emas bagi punca kehidupan mereka.Bagi pengetahuan anda Delta Mekong ini merupakan kawasan pengeluaran buah-buahan utama bagi negara ini.Sentiasa ada buah tak kira musim,kerana luasnya Delta Mekong ini hingga ia mempunyai 4 musim yang berbeza.Namun keadaan itu tidak mempengaruhi aktiviti pengeluaran hasil pertanian dari Delta Mekong ini.



Masih teringat lagi feri yang membawa saya menyeberang sebelum ke Cho Duc.Untuk pengetahuan anda bermula di pengkalan feri ini untuk sampai ke Pekan Cho Duc memakan masa hampir 2 jam perjalanan dengan keadaan jalan yang agak sempit.Kesesakan lalulintasnya walaupun Cho Duc adalah pekan kecil tetapi masih ramai masyarakat nelayan disini.Malam,tiada aktiviti perniagaan kerana Cho Duc adalah kawasan kampung yang aman.




Inilah gambar feri Vietnam yang membawa saya menyeberangi sebelum menaiki bas. Lebih kurang setengah jam menunggu untuk menaiki feri ini. Kalau di Kelantan (Taba) ferinya lebih kecil berbanding yang ini.

Lihatlah siap ada lesen L feri tu...jangan ingat motorsikal atau kereta aje yang mampu memiliki lesen L,feri pun boleh di Vietnam.

Saya dan suami memilih tempat duduk dibahagian atas. Lebih selesa dan pemandangan pun luas.


Kalau duduk di bawah akan bersesak dengan geng motorsikal. Tengoklah banyak motorsikal tu,kira sikit...



Ini kalau kita lihat pemandangan dari atas...meriah bukan. Dalam feri ini hanya para penumpang dan penunggang motorsikal aje yang dibenarkan. Mana kenderaan lain? Kenderaan seperti bas,kereta dan lori dibawa secara berasingan. Bas saya dah pun menunggu di seberang,hanya menunggu kami para penumpang menaikinya.




Ketika ini kami sedang menunggu feri untuk meneruskan perjalanan kami ke Cho Duc,kami akan bermalam di sana. Lama juga menunggu sempat lah saya melepaskan dahaga dengan sebiji air kelapa habis saya teguk,dahaga tau. Tambah pula cuaca ketika ini agak memeritkan. Apa lagi peluh membasahi tubuh. Peluh yang hilang kena cepat-cepat diganti.

Dalam trip ke Delta Mekong ini kami di bawa ke restaurant Sinh Cafe. Bagi yang makan pork akan dijamu dengan hidangan tersebut,kami yang muslim ni dijamu makan nasi dan sayur aje. Iyalah itu aje yang halal memang tawar tak ada rasa , saya telan aje sesuap dua buat alas perut. Janji perut tak memberontak. Lepas makan kami dihidangkan dengan nyanyian lagu Vietnam,sepatah apa pun kami tak faham. Tepuk tetap tepuk tangan bagi penghargaan penat dia nyanyi tau! Kalau sesiapa yang rasa merdu nyanyian dan nak bagi "tip" adalah amat dialu-alukan.


Oleh sebab kami makan ringkas berbanding yang lain,so cepatlah dapat round kawasan rehat dan restaurant. Sambil-sambil tu sempat juga mencapai buah ceri yang ada di sekitar kawasan ni. Kalau musim durian atau buah-buahan seperti mangga atau nangka kita dibenarkan mengambil dan makan buah-buahan tersebut. Malangnya ketika saya berada disini tiada musim,hanya dapat makan hidangan buah nenas aje.


www.ceritaku.my Gambar ini sempat saya snap ketika dalam perjalan ke restaurant. Teka? Haa...itulah benih atau anak padi yang disemai dan siap untuk dibeli oleh penanam padi. Ada sesiapa yang nak beli? Silakan....harga tanya sendiri.



www.ceritaku.my Pemandangan Delta Mekong,mulanya saya rasa sungai Pahang dah cukup besar di Malaysia. Tapi bila pergi Sarawak,sungai Sarawak lagi besar....dan kaya dengan "bujang senang". Bila sampai sini,saya lihat umpama ditengah lautan pula. Sayup mata memandang dari hulu ke hilir,tak nampak apa. Dahlah mata ni rabun itu pasal tak nampak...hahaaa jangan marah!




www.ceritaku.my Dah penat dan bermandi peluh dalam bot penumpang tu kami dibawa naik ke daratan. Tempat persingahan kami ialah kawasan industri makanan ringan dan bahan-bahan kraf yang dibuat oleh masyarakat tempatan. Sempatlah juga saya berposing kat sini. Kami tak membeli pun cukuplah sekadar melihat dan menikmati hasil kreativiti kraftangan buatan mereka. Perjalanan kami yang masih panjang tidak mengizinkan sebarang belian. Maklumlah ni pun dah 2 beg,kalau membeli-belah mahu tambah 2 beg lagi. Sabarlah kalau ada rezeki kita datang lagi.

www.ceritaku.my Inilah makanan ringan yang dibuat secara tradisional dan para pelancong yang berminat boleh membelinya terus dari mereka,panas-panas lagi. Kalau masyarakat pantai timur Malaysia ianya dikenali sebagai "Bepam". Maaflah saya lupa apa nama komersial....Biasalah manusia ni kan sifatnya pelupa,sesiapa yang ingat sila komen sikit.


www.ceritaku.my
Cuba teka ini dia dok kacau nak buat apa? Tak tahu ya....ini sebenarnya dia nak buat popcorn. Mulanya saya pun tertanya-tanya apa benda dia nak buat ni? Bila dah masuk aje dalam kawah,ooo......sebutan kami beramai-ramai nak buat popcorn. Iyalah kita kat Malaysia pun dah tak buat macam ni kan...

www.ceritaku.my Yang baju putih tulah tour guide kami,handsome tak? Sorry! dah berkhawin. Sepanjang perjalanan ini kami diberi penerangan olehnya. Lupa lak nama pakcik ni,baik orangnya mesra alam...haahaaa.




www.ceritaku.my
Inilah baju tradisional Vietnam bagi kaum Adam,sekali tengok memang sesuai buat solat Jumaat. Tapi kalau nak buat bersolat Jumaat kenalah pilih gambar atau design yang yang sesuai. Ada pelbagai gambar,gambar naga yang paling popular dari pemerhatian saya. Ada juga design lain,pilih lah yang mana berkenan di hati. Harga? Taklah mahal sangat sehelai baju ni kita boleh beli harga serendah USD9,murah lah tu. Di pasar Ben Tanh saya dapati harga baju ni paling murah pun pekedai tu jual USD10 kan dah beza USD1,banyak juga nilai tu jika ditukar dengan duit RM.



www.ceritaku.my Dah puas naik bot,dia orang bawa kami singgah kat sini. Dapat kami singgah tengok aktiviti kraftangan yang dibuat oleh masyarakat Vietnam ni.

www.ceritaku.my
Sempat lagi nak posing dalam bot ni,tengok lah cuaca pun amat panas ni. Peluh usah cakap menitik membasahi tubuh badan kami. Jangan lupa sentiasa ada bekalan air mineral,kalau berjalan. Kebetulan pada masa kami travel ni memang panas. Banyakkan meneguk air,supaya kita tak kekeringan. Kami sentiasa bersedia 2 botol besar air mineral dalam beg. Air mineral mahal juga kat sini tau,iyalah lebih Rm berbanding Malaysia.


www.ceritaku.my
Inilah antara pemandangan yang dapat saya snap ketika dalam perjalanan ini.Ini merupakan jeti persinggahan yang kecil dan digunakan oleh masyarakat setempat. Di kawasan Delta Mekong ini bot-bot atau pengangkutan air adalah pengangkutan utama bagi penggerak ekonomi mereka. Iya lah dalam bot-bot mereka siap terbina kedai runcit dan ianya berfungsi sebagai kedai bergerak kepada pelanggan air mereka.



www.ceritaku.my
Tengoklah ni,mereka juga menginap dalam bot ni. Memang santai mereka dapat berehat setelah bekerja siap boleh masak dengan dapur arang lagi. Nak ikan tangkap atau pancing aje dari bot,nak mandi lagi senang terjun aje dari bot.Jimat segalanya....dari segi kebersihan faham-faham ajelah.




www.ceritaku.my
Pemandangan ini diambil di persekitaran Floating Market. Ketika ini suasana sibuk dah beransur pulih,bagi anda yang ingin melihat lebih dekat dan jelas mengenai Floating Market ini anda boleh ambil trip ke sini saja. Aktiviti ke sini hanya berlaku pada waktu pagi saja.





Ini lah tempat yang kami tengok,pasar terapung letaknya di Cai Be. Malangnya ketika sampai di sana dah tengahari semua aktiviti dah pun selesai. Saya hanya dapat tengok perahu ini aje. Di bawanya group kami round selama sejam di persekitaran Floating Market. Walaupun tak dapat menyaksikan aktiviti mereka tapi saya dapat bayangkan betapa sibuknya aktiviti jual-beli yang berlaku pada waktu pagi tadi. Iyalah....muka pekedai-pekedai atas perahu ni pun dah semacam penatnya...Rezeki kalau tak dicari manakan dapat hasilnya.


Inilah pengangkutan kami ketika melawat tapak Floating Market. Ramai lah juga dalam kumpulan ini,semuanya tak kenal. Kami berkenalan pun dalam perjalanan ini. Belakang saya ialah pasangan dari NZ. Masih gagah lagi mengikuti aktiviti ini walau pun umur dah lanjut. Seronok,sebab dapat berkenalan dengan ramai orang dari berbagai negara. Dalam ramai-ramai penumpang ni ada seorang ibu yang membawa anak sindrom down mengikuti rombongan. Bagus ibu ni,memberi galakan kepada anaknya walaupun anak dah mula bosan.Harapan saya masyarakat kita di Malaysia pun turut mengikuti jejak langkah ibu tersebut. Walaupun anak kurang upaya tetapi mereka tetap bangga dengan anak mereka.


www.ceritaku.my
Macam mana pula timbul sang bunga ni? Sebenarnya gambar bunga ni saya snap ketika dalam perjalanan ke Cai Be. Sungguh cantik sang bunga ni,ditanam di petrol pam. Mulanya suami saya ketawa bila saya ambil gambar ni,tapi bila tengok semula gambar bunga ni dia turut memuji kecantikan bunga ciptaan Allah.


Ini lah gambar bas yang kami naik untuk perjalanan ke Cai Be. Nasib baik ada aircond dan agak selesa. Berhenti seketika mengisi petrol dan meluruskan kaki yang dah nak mula bengkok akibat lama duduk dalam bas.



Saya dah cakap, bas ni nak isi minyak. Sempat lagi cik abang ni posing dengan driver bas. Perjalanan ke Cai Be mengambil masa selama 3 jam. Boleh tahan juga lenguh tubuh badan dok dalam bas. Jaraknya tak jauh sangat,tetapi di Vietnam ni setiap pemandu tidak akan melebihi had laju yang ditetapkan. Tambahan pula jalan rayanya tak lah sebesar jalan di Malaysia. Oh! ya,masyarakat di sini memang agak takut uupp silap hormat polis. Itu pasal mereka patuh pada had kelajuan lebuhraya.





Nasib baik pandai baca tulisan ni....iyalah masa kat sekolah dulu ada lah belajar nak cakap orang puteh ni....jadi baca pun boleh lah sikit,setakat yes,no,orait....lepas lah untuk hidup kat Vietnam ni. Depa pun bukan mahir cakap mat saleh,hanya depa berani bertutur bahasa ni. Salah memang salah tutur kata,itu no hal lah janji customer faham,itu lagi penting. Time ni tengah dok menunggu bas,sesiapa lambat kena tinggal. Depa memang on time. Itu boleh puji!

Lambat pula basnya...jalan lah dulu. Kami ke taman berhampiran,kalau nak tahu kami turun pagi jam 6.45 am masa kami amik gambar ni. Memang lah dah terang-benderang. 4.30am dah subuh,ini orang Vietnam dok sibuk buat senamrobik dan perasmian Hari Hijau Bumi kalau tak salah lah. Trip jauh hari ni,pakai selipar aje.


Tengok tu...muka boring tunggu bas,time ni orang tak datang lagi. Dah bas pun jam 8.00am. Sengaja turun awal takut terlepas sambil tu kami memang nak amik angin sebelum bertolak,iyalah perjalanan hari ni jauh makan masa yang lama pula sehari suntuk...Dah tak sabar nak rasa naik bas Vietnam ni. Nampak basnya baru,risau juga sebab menurut maklumat yang kami perolehi baru tak semestinya ada aircond,naya tak ada aircond. kalau ada pun depa pasang kejab aje, lepas tu tutup nak jimat minyak kalau orang komen cakap aje aircond rosak. Habis cerita...! Kalau banyak sangat komen depa selamba aje halau customer turun dari bas,tak ke haru dihalau turun dari bas...ini kisah benar! Pengalaman saya dalam perjalanan. Tapi bukan saya yang dihalau,orang lain lah!

Petang dah habis kami berdua round kat bandar Ho Chi Minh ni. Malam kami keluar lagi,wah!. Percayalah meriah...time ni kami tengok para pelancung sibuk naik bas ke pelbagai destinasi. Tak sabar rasanya nak tunggu esok ...kami pun amik trip juga.

Masih sempat lagi saya bergambar di hadapan salah satu syarikat pelancungan yang agak terkenal di sini. Untuk pengetahuan anda semua,petang tadi kami dah beli tiket trip yang berharga lebih kurang RM150.00 seorang tapi untuk 2 hari 1 malam...ke mana tu? Tungguuu...



Nampak tak? Esok pagi inilah destinasi tujuan kami. Kalau nak travel ground di Vietnam ni,saya cadangkan anda semua amik pakej dengan SINH CAFE . Bukan promosi tau! untuk keselamatan,keselesaan dan kemudahan. SINH CAFE merupakan satu syarikat yang berpengalaman dalam bidang pelancungan di sini.


Ini merupakan gambar saya yang diambil selepas berjumpa dengan tailor. Dah siap pun baju design vietnam ni,bila nak pakai yek?


Lihat lah aktiviti petang yang diamalkan oleh masyarakat di Ho Chi Minh ini...memang santai,pastinya anda tertanya-tanya apa jenis permainan ini. Masa saya kecil dulu saya dan kawan-kawan panggil permainan ini CAPTEH....mungkin ramai yang biasa main. Di tempat lain saya tak pasti,uniknya permainan ini dimain secara memukul bulu ayam tersebut secara terbalik.

Cuba lihat betul-betul,mereka memukul bulu ayam menggunakan posisi belakang. Hebatnya pukulan kerana setiap pukulan mengena dan tinggi pula tu.

Ini gambar yang diambil dalam kawasan taman yang mereka lakukan pelbagai aktiviti....ada yang jogging,ada yang berborak,ada yang main basikal. Kami seronok melihat aktiviti santai mereka.



Setelah berseronok di taman kami terus ke Pasar Ben Taan sekali lagi.Tengoklah macam-macam ada sampai tak tahu nak pilih apa.


Pusing punya pusing last sekali,suami saya ambil keputusan nak gunting rambut. Tukang gunting punyalah ramai dalam kedai gunting tu...tapi customer suami saya sorang aje. Dia nak bercakap tak pandai English,kita nak cakap dengan dia pun tak boleh asyik guna isyarat aje. Baik diam dan ambil gambar mana yang patut.





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home