Vietnam - Ho Chi Minh
Perjalanan 3 negara-Pasar Ben Tanh
12/03/2009
Pantang jumpa papan iklan cik abang ni nak bergambar,sebab kami bercadang nak ikut travel seperti dalam papan iklan ini....kawan-kawan nak tengok? hah....zoom sendiri gambar ni dapat tengok gambar papan iklan.
Kami sampai malam di Ho Chih Minh,so pagi laparlah sang perut ni...Apa lagi menapak lah kami mencari pasar BenTaan. Tengoklah ni macam-macam ada,buah-buahan memang segar sebab didatangkan khas dari Delta Mekong menurut peniaga di sini. Ramai yang pandai cakap Bahasa Melayu tau! Sebab apa ramai yang pandai cakap Melayu? Orang Malaysia atau pelancong Malaysia ramai datang ke sini,berbanding ke Hanoi. Di Hanoi memang tak siapa tahu berbahasa Melayu kecuali orang Malaysia di Kedutaan sana.
Tengok tu macam-macam buah ada,segar-segar lagi...Bila tengok buah ni teringat saya masa ke Guangzhou betapa sedapnya epal di sana. Kalau di Malaysia epal yang besar tu kalau tak salah sebiji RM5.00,di Guangzhou boleh dapat 3 biji dengan harga tu. Apa lagi kami sambil makan sambil try...dah peniaga tu bagi so rezeki jangan ditolak. Kami beli lain,makan free lain. Rezeki!
Ini gambar sebelum kami berjalan masuk ke Pasar Ben Tanh.
Setelah puas fikir apa yang hendak dikongsikan bersama kawan-kawan pembaca blog sekalian,saya pun menulis mengenai trip perjalanan 3 negara yang saya terokai,atau terjah bersama suami pada musim cuti sekolah bulan Jun 2009. Mulanya hendak simpan dulu cerita ini tapi ada beberapa permintaan kawan-kawan pembaca blog,jadi saya pun teruskan niat menulis cerita atau pengalaman pengembaraan ini. Sebelum memulakan perjalanan ini kami mencari beberapa maklumat didalam internet. Lagipun ini bukan pertama kali saya dan suami ke Vietnam. Kami boleh memahami dan dapat pengalaman dari perjalanan yang lepas. Hanya yang berbeza dalam perjalanan kali ini ialah kami berjalan atau mengembara di musim panas. Berbanding perjalanan kami yang lepas kami tiba di Hanoi,Vietnam pada musim sejuk.
Kali ini kami bercadang mengembara ikut jalan darat,tak mahu melalui jalan udara. Saja nak rasa cabaran macam mat saleh dan minah saleh...Tak sabar nak mengembara ni..
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif