Bergambar di Chau Duc

For Rolland Stoter and wife,we miss you and remember you... Kami bergambar beramai-ramai,ramai pun hanya enam orang aje dari sebuah bas. Ha...

For Rolland Stoter and wife,we miss you and remember you...
Kami bergambar beramai-ramai,ramai pun hanya enam orang aje dari sebuah bas. Hanya kami berenam sahaja yang mengikuti atau dengan kata lain membayar untuk aktiviti ini. Baiklah bermula dari kiri gambar ialah seorang doktor dari Korea mengikuti lawatan ini bersama kawannya yang memakai baju hitam seorang peniaga Vietnam yang pernah menuntut di Universiti Korea,boleh berbahasa Korea. Manakala yang tertinggi itu ialah Rolland Stoter dan isteri dari Holland,maaf isterinya saya tak ingat lah nama panjang dan unik sangat.Apa kerja Rolland ,anda boleh melayari internet dan mendapat maklumatnya.Isterinya pula seorang penerbit di sebuah stesen radio di Holland.
Untuk pengetahuan anda,Rolland boleh berbahasa Melayu walau pun sedikit.Mereka berdua amat peramah dan baik. Begitu juga dengan pasangan Korea dan Vietnam ini.Memang menyeronokkan bila kumpulan kita sekepala. Tetapi kami terpaksa berpisah dengan pasangan doktor dan peniaga ini,mereka hanya mengambil trip di Chau Doc sahaja.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif