Chau Duc,Vietnam

Inilah aktiviti pagi masyarakat Vietnam di Cho Duc yang sudah bersiap-sedia memulakan perniagaan di awal pagi.Ketika saya mengambil gambar ...

Inilah aktiviti pagi masyarakat Vietnam di Cho Duc yang sudah bersiap-sedia memulakan perniagaan di awal pagi.Ketika saya mengambil gambar wanita ini jam menunjukkan pukul 7.00 pagi waktu Vietnam.Roti merupakan makanan sarapan pagi mereka,sama seperti kita juga.Menariknya tak satu biji roti pun yang jatuh ketika wanita ini meniti menuju ke sampan yang sedia menunggu di hadapannya.Bak kata pepatah "alah bisa,tegal biasa" dah lama berkecimpung dalam kerjaya ini dan aktiviti sebegini memahirkan diri mereka.


Suasana pagi 1 Jun 2009,jam menunjukkan pukul 6.45 pagi waktu Vietnam. Inilah antara pemandangan menarik yang sempat saya rakamkan untuk tatapan kita.Sungguh indah ciptaan Allah,pemandangan indah ini memang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Seawal pagi lagi mereka sudah bersedia memulakan aktiviti kehidupan mereka,sejuk juga ketika ini.Tapi saya tidak mahu melepaskan peluang menikmati saat-saat indah matahari naik disini.Memang indah suasananya.


Masih sempat bergambar dengan makcik,pakcik,dan kakak ni sebelum mereka bertolak memulakan aktiviti perniagaan.Kebanyakkan mereka terdiri dari nelayan yang beroperasi di sekitar Delta Mekong.Ada juga yang terlibat dengan aktiviti pertanian juga di Delta Mekong ini.
Kehidupan mereka amat memeritkan umpama "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" itu lah kehidupan mereka seharian.Delta Mekong umpama lubuk emas bagi punca kehidupan mereka.Bagi pengetahuan anda Delta Mekong ini merupakan kawasan pengeluaran buah-buahan utama bagi negara ini.Sentiasa ada buah tak kira musim,kerana luasnya Delta Mekong ini hingga ia mempunyai 4 musim yang berbeza.Namun keadaan itu tidak mempengaruhi aktiviti pengeluaran hasil pertanian dari Delta Mekong ini.



Masih teringat lagi feri yang membawa saya menyeberang sebelum ke Cho Duc.Untuk pengetahuan anda bermula di pengkalan feri ini untuk sampai ke Pekan Cho Duc memakan masa hampir 2 jam perjalanan dengan keadaan jalan yang agak sempit.Kesesakan lalulintasnya walaupun Cho Duc adalah pekan kecil tetapi masih ramai masyarakat nelayan disini.Malam,tiada aktiviti perniagaan kerana Cho Duc adalah kawasan kampung yang aman.




You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif