Perjalanan 3 negara,masih di Ho Chi Minh

www.ceritaku.m
Sebenarnya secara jujur saya memang peminat durian. Sejak dari saya ke Sabah lagi saya nak makan buah ni,malangnya kat sana mahal....agaknya memang dah rezeki makcik Vietnam ni kot. Dapat juga makan durian...siap dilayannya lagi,pakcik Vietnam pula jadi mangsa kena tukar jawatan kepada cameraman saya...sorry lah pakcik,tapi durian tu saya bayar bukan free tau.



www.ceritaku.m
Sesiapa nak try minum,silalah. ini merupakan salah satu minuman kegemaran masyarakat di Vietnam. Kononnya bagi pulih tenaga dan kuatkan badan. Cuba tengok betul-betul apa dalam botol tu...?



www.ceritaku.m
Di Vietnam kita dapat lihat bangunan memang bentuknya begini,sebab apa? Penduduk di sana ramai,tanah atau kawasan pula terhad. Kerajaan telah hadkan setiap individu mempunyai tanah yang bentuknya memanjang ke belakang bukan melebar kiri kanan,jadi timbullah bangunan yang comel sebegini. Ini ialah gambaran hotel atau guest house di Vietnam. Sebelum lupa nak cerita sikit kami sewa di guest house aje...jimat! ada macam-macam harga ada yang berharga serendah USD8 sehingga USD20.



www.ceritaku.m
Gambar ni pula kami posing dalam Pasar Ben Tanh. Penat tengok semuanya cantik belaka tapi kami tak shopping sangat sebab dikhuatiri tak larat nak bawa beg nanti. Sambil-sambil tak shopping saya masih sempat menempah sepasang baju ikut design Vietnam....Upahnya murah RM37.00 termasuk kain alas baju. Murah kan! Kita beli kain di pasar ni dan tuan kedai bawa pergi ke tailor dalam masa 8 jam baju saya siap...Nasib baik siap sebab esok kami nak ke Cambodia pula.


www.ceritaku.m
Bagi kawan-kawan yang belum mengenali saya,adalah diumumkan bahawa saya peminat kopi. Apa lagi masa ni try belajar nak blend biji kopi. Untuk pengetahuan anda Kopi Vietnam amat terkenal di Malaysia sampaikan ada dikalangan kawan-kawan saya yang memesan kopi sebagai ole-ole....
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen