Aktiviti di rumah rakit

Kami mulanya diberi pilihan naik bot ini atau sampan. Kami pilih naik sampan walau pun kecil ianya satu cabaran pada kami yang tidak tahu berenang ni. Cuba tengok kalau kami naik bot punya lah ramai pelancong si tour guide kena layan. Mesti kami dia buat tak tahu je. Nasib baik naik sampan layanan istimewa sikit.

Lihatlah saya sempat memberi anak-anak ikan talapia ni makan. Bukan makan lagi siap berebut-rebut lapar lah katakan. Ikan-ikan ini dipelihara oleh penghuni rumah tersebut. Apabila ikan ini genap timbangan 800 gram ianya akan dieksport ke negara luar negara. Gambar ini dirakam ditepi rumah rakit...


Lihatlah tour guide saya ni,bagi penerangan dengan bersungguh hati kepada kami berenam. Panjang lebar penerangannya,saya dah tak sabar nak bagi ikan-ikan ini makan. Siap minta gayung yang dia pegang ini....sebab seronok bila curah aje makanan. Anak-anak ikan akan berebut-rebut dan terperciklah air pada lantai atau sesiapa yang berdiri berhampiran. Lihatlah lantai rumah ni...basah saya kerjakan...



Tak percaya ....masa ini saya sempat rakam aksi makan si ikan. Lihatlah percikan air tu...sesiapa yang berdiri dekat memang basahlah!


Ini pula bila sang ikan dah kehabisan makanan...tenang kejab,cuba bagi pula memang percikan air tu akan terkena pada kita. Ikan ini dibela di ruang hadapan rumah mereka,senang lah mereka nak bagi makan.Bila dah diberi makanan lantai-lantai ini ditutup.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home