Angkor Wat

Masa ni...Angkor Wat sedang dalam kerja pembaik-pulih,maklumlah dah lama rosak sana sini. Cantik bukan pemandangannya. Nampak kan....ad...

Masa ni...Angkor Wat sedang dalam kerja pembaik-pulih,maklumlah dah lama rosak sana sini. Cantik bukan pemandangannya.

Nampak kan....ada macam tangga tepi bangunan tu,itu sebab ada sebahagian lokasi di Angkor Wat ini tidak dibenarkan masuk untuk menjaga keselamatan pelancong. Tapi kita boleh melawat persekitarannya yang indah dikelilingi oleh tasik buatan manusia.



Memang saya tidak menafikan pemandangannya yang indah,lebih menyamankan tasik buatan manusianya....bagi anda yang biasa dengan siaran astro pasti telah menonton sejarah Angkor Wat ini. Dah 2 kali siarannya ulangannya.




Ini pula Wat Thom,kuil kecil di hadapan Angkor Wat. Yang paling mengagumkan saya ialah batu-batu besar yang digunakan untuk membina seluruh bangunan di sini tanpa sebarang teknologi moden. Bila menonton siaran astro mengenai Angkor Wat ini ia membuat saya lagi terpegun dengan kegigihan rakyat Cambodia ketika zaman itu.





Zoom...gambar ni. Saya memang terpegun melihat batu-batu lebih besar dari pemeluk saya,siap digunakan untuk buat tangga yang saya pijak lagi.




You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif