Nak masuk Angkor Wat
1/23/2010 Sempat bergambar depan kaunter tiket Angkor Wat. Kenapa tak caya? Dah cakap ....memang kami berdua berbasikal dari tempat penginapan ke Angkor Wat. Best! sebabnya dapat main hujan dan bila berbasikal untuk ke Angkor Wat ni terasa macam berbasikal dalam kampung sendiri aje. Apa taknya,dalam perjalanan ke sana kami melalui depan sekolah..dapat tengok kanak-kanak balik sekolah,dapat tengok cikgu pelatih sebab kami melalui maktab atau intitusi latihan perguruan mereka. Untuk masuk ke Angkor Wat ni,kita boleh beli tiket untuk one day tour, two days tour or three days trip. Kalau one day tour kita boleh masuk dari pagi sampai petang dan kena keluar jam 6.30 pm,so laratkah anda nak menghabiskan satu Angkor Wat ni? Masa atau jam berapa pagi tu? Seawal jam 5.00 am sudah dibuka....dah bangun ke?
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif