Sabah
Keretapi Sabah
9/05/2018
Assalamualaikum,salam menjejak
bumi Tenom melalui laluan darat. Perjalanan tanpa dirancang,selesai menghadiri
kenduri di Kampung Brunei,Kimanis terus kami bergerak ke Beufort.
Beufort
Terletak lebih kurang 92 km
dari Kota Kinabalu. Maknanya lebih kurang 100 km dari rumah akak menuju ke
Beufort,hanya tidak terasa perjalanan jauh kerana kami singgah makan di tempat
kenduri.
Kampung
Brunei ,Kimanis
Inilah lokasi kami makan
kenduri kawin,dengan daging kambing yang sedap,acar timunnya dilengkapi pula
dengan sambal belacan. Dicurahi pula gulai kuning umbut kelapa. Nasib baik
tengah jaga makan tidaklah menambah nasi.
Menurut kawan akak,kampung ini
merupakan menempatan awal penduduk asalnya yang berhijrah dari Brunei ketika
zaman dulu. Tidak menjadi pelik malah ianya manjadi kebiasaan jika kenduri
penduduk kampung ini menu yang dihidangkan merupakan masakan masyarakat Brunei.
Tinggalkan kisah makan kenduri
ini.
Part
1 di Beufort
Kami sampai di Beufort jam
12.20 tengahari. Tanpa dirancang terus saja Abe Mat masuk park kereta depan
stesen keretapi dan tanya kaunter.
Kebetulan nasib kami baik
keretapi dijangka bertolak jam satu. Bayangkan kami tiada persiapan lengkap
dengan kadar segera ambil saja beg pakaian yang sedia ada dalam kereta.
Kelengkapan mandi tiada,tak mengapa Tenom pasti ada kedai boleh beli di sana.
Usai membeli beratur membeli
tiket dengan kadar rm2.70 seorang dari Beufort ke Tenom. Naik gerabak penumpang,dan
pemandu keretapi suruh duduk di kerusi bersebelahan tempatnya.
Satu lagi gerabak tapi ini agak
usang,ada beberapa kerusi dan ruang kosong yang memang dikhaskan untuk
barang-barang penduduk seperti tong gas,bakul jualan atau sayuran yang untuk
dijual di tamu pagi. Walau pun usang akak suka duduk di sini,sebab kita dapat
lihat realiti masyarakat dalam gerabak ini. Bagaimana susah payah mereka
bergerak dengan anak kecil untuk melariskan jualan di Tamu. Bagaimana hati
seoarang ibu menghantar anak kecil usia
7 tahun menginap di asrama desa sekolah yang jauh dari kediaman. Insaf
seketika. Mereka kuat fizikal,mental dan kuat emosi.
Apa
menarik sepanjang perjalanan keretapi
·
Melihat kawasan kampung-kampung
·
Melihat tanaman penduduk,kerana melalui
pertanian mereka menyara hidup
·
Melihat laluan pergerakan keretapi pinggir
sungai dan melintasi anak sungai
·
Melalui kawasan sekolah pedalaman : SK BIAH
·
Melihat kawasan rekreasi Riverbug Padas
·
Paling penting dapat merasa sendiri pengalaman
menaiki keretapi Sabah yang merupakan salah satu pengangkutan utama dari dulu
hingga kini.
Hologilat
Merupakan satu kawasan transit
pertukaran keretapi untuk menuju ke Tenom. Mulanya akak ingat terus saja
keretapi ini ke Tenom. Rupanya kami berhenti di Hologilat dan turun naik pula
keretapi yang dari Tenom.
Masa
perjalanan
Dari Beufort ke Hologilat
memakan masa hamper 1 jam 30 minit. Memang lama perjalanan ini kerana keretapi
akan berhenti di setiap kampong yang sememangnya ada tempat menunggu atau
stesen kecil. Nanti kalian tengok gambar dalam HALAMAN FACEBOOK.
Dari Hologilat ke Tenom pula
perjalanan hanya 1 jam saja tidak banyak hentian atau penumpang berhenti di
stesen-stesen kampong.
Jam 4.30 petang kami selamat
sampai di Stesen Keretapi Tenom.
Tenom
Kami bermalam di orkid hotel,
kadar sewa rm70. Katil saiz queen,ada penghawa dingin ada juga paip air panas
serta sejuk yang tidak berapa berfungsi. Tak kisahlah kebetulan sekarang panas
nak mandi air sejuk itu yang best!. Ada juga TV tetapi tidak dapat siaran. Lagi
pun sekarang waktu terbaik kami nak rehat dan tidur.
Memang kami tak keluar
malam,kebetulan sebelum check
in hotel dan singgah di Watson
beli toiletries. Singgah pula di KFC makan terus,kiranya macam makan malam la.
Kenyang masuk bilik terus mandi dan selamat malam Tenom.
Lokasi
menarik di Tenom
·
Bulatan kopi Tenom-boleh bergambar di
sini,hati-hati dengan anjing . Tidak juga ia menggigit.
·
Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang
·
Pusat Kebudayaan Murut
Part
2 di Tenom
Keesokannya,kami nak pulang ke
Beufort pula. Jadual asal keretapi ialah jam 7 pagi,dan bertolak jam 7.30 pagi.
Ini jadual asal. Tetapi terlambat pula.
Jam 8.30 baru bertolak dari
Tenom menuju ke Beufort. Untuk kali ini kami tukar keretapi di Royah pula untuk
meneruskan perjalanan ke Beufort.
Alhamdulillah...selamat sampai
di Beufort pukul 12.30 tengahari.
Sebelum pulang ,singgah pula
kedai satay brunei berhampiran. Selesai makan kami bergerak pulang ke KK.
Alhamdulillah ,pengalaman yang menarik dan seronok buat kami berdua.
Bagi yang berminat nak mencuba
boleh lah naik keretapi Sabah,rancang percutian hebat kalian di bumi Borneo
ini.
Sekian ,hingga jumpa lagi.
Lihat gambar disini : Gambar Tenom
2 rajin tulis
Nice sharing...TQ
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif