Menu
Sambal Belacan goreng
8/14/2018
Sambal belacan goreng
Kebelakangan ini ,akak suka buat sambal belajar goreng. Nak
tahu mana akak belajar? Sebenarnya akak intai-intai tengok cara kawan yang buat
sambal ini. Jadi memudahkan citarasa selera tekak akak sendiri,diubah-suai
beberapa item untuk menaikkan selera tekak akak. Mari lihat apa bahan yang akak
guna untuk menu ini.
Bahan-bahan
Bawang merah 4-5 ulas saja – potong 4
Bawang putih 2-3 ulas ikut dan suaikan dengan bawang merah
Bawang besar (kuning 3-4 ulas saiz sederhana potong 4)
Belacan – Secukup rasa
Gula
Garam
Minyak Canola untuk menumis
Sedikit minyak zaitun
Cara masak
1. Panaskan minyak ,masukkan belacan ikut selera
sendiri-tumis hingga garing
2. Masukkan semua bahan di atas,goreng hingga mesra
3. Setelah agak sebati dan mesra tutup api,alihkan hasil
masakan dalam bekas dan sejukkan
4. Setelah sejuk masukkan dalam mesin pengisar dan kisar ikut
citarasa kalian hendak sambal kasar atau halus-hancur.
5. Jangan lupa perasakan dengan gula serta garam ikut selera
sendiri.
Taraaaa....siap untuk dihidangkan dengan menu nasi goreng,nasi
putih atau mee goreng atau ikan bakar. Selamat mencuba ,jangan lupa kongsi
resepi mudah dan sedap ini dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.
Sambal belacan goreng |
2 rajin tulis
sedapnyer kakkk..makan plak dengan nasik kosong panas2 perghhhhh tak payah lauk lain dahhh..ekeke
ReplyDeleteIya. Cuba lah senang saja ni. Senang dan sedap.
DeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif