Sabah - Sipitang
Produk Ikan Bilis , Sipitang
8/09/2018
Sipitang
Merupakan lokasi pedalaman Sabah. Ianya terletak sangat hamper dengan Negara Brunei dan negeri Sarawak.
Lokasi Sipitang
Jarak Kota Kinabalu ke Sipitang lebih kurang 144km saja,yang
memakan masa selama hampir 2 jam perjalanan darat. Manakala jarak Pekan Beufort
dengan Sipitang pula 44km. Kita perlu melalui Pekan Beufort dahulu sebelum
sampai ke Sipitang.
Tempat pelancongan
Daerah Sipitang
1. Long Pasia merupakan satu lagi lokasi pedalaman dalam
daerah Sipitang yang sangan terkenal pada pelancong luar. Sangat mencabar
perjalanan ke Long Pasia ini. 2. Esplanade Sipitang – ini merupakan deretan kedai baru
tersusun yang disediakan oleh Majlis Daerah Sipitang. Ianya bersebelahan dengan
Dataran Esplanad Sipitang. Di sini juga terdapat banyak kedai menjual aneka
jenis satay.
Sipitang amat terkenal dengan “satay sipitang”. Inilah
trademark Pekan Sipitang. Jadi kalau melalui lokasi ini jangan lupa singgah
makan satay.Aneka satay antaranya ialah satay ayam,satay daging,satay
kambing,satay butut ayam dan tidak ketinggalan kepak ayam yang terkenal 1
Sabah.
Sumber Ekonomi
1. Jika dulu daerah Sipitang sangat terkenal dengan kepesatan
aktiviti pembalakan yang dikendalikan oleh Sabah Forest Industries (kilang
kertas dan pulpa). Tapi ianya tidak begitu memberi keuntungan pada penduduk.
Kebanyakan penduduk terlibat dengan sector pertanian seperti perladangan serta
perikanan kecil-kecilan.
Perusahaan Ikan Bilis
Tanjung Pagar , Sipitang
Pembaca yang sering singgah di blog akak,pasti tahu dan sedia
maklum. Akak dan Abang Mat sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi
berlainan. Janji lokasi itu baru bagi kami serta ianya memberi pengalaman baru
dan unik.
Ikan Bilis
Ianya diperolehi di laut,sama ada di persisiran pantai atau laut dalam. Menurut pakcik yang mengusahakan produk ini lokasi penangkapan bilis ini bergantung pada pukat yang dibawa oleh nelayan.
Jika nelayan itu membawa pukat yang tidak lebar ianya
digunakan untuk menebar ikan bilis dipersisiran pantai saja. Jika sebaliknya
mereka akan bergerak jauh ke laut untuk menebarkan pukat menangkap bilis di
lautan.
Waktu atau masa ikan
bilis dibawa ke daratan
Tiada had masa yang boleh diumumkan. Ianya berlaku kerana
penangkapan bilis ini berlaku mengikut hasil tangkapan yang diperolehi semasa
nelayan dilautan. Setelah selesai tangkapan bilis akan segera dibawa naik ke
daratan dan diproses.
Dari bot terus ke kawah
rebusan garam
Tahukah anda bilis yang dibawa pulang oleh bot nelayan terus diambil dari bot dan dimasukkan dalam kawah rebusan garam. Dibiarkan seketika hingga masak. Lalu diangkat masuk dalam bakul.Produk dibiarkan sejuk seketika secara semula jadi,disamping pekerja meneruskan aktiviti rebusan bilis.Setelah sejuk bilis tersebut sekali lagi di bilas sambil dikacau mesra oleh pekerja dengan tujuan membuang sisa-sisa habuk atau sisik bilis.Selesai.
Jemur
Siap,produk bilis terus dijemur dibawah panas matahari hingga
kering.
Jual
Untuk produk ini,mereka tidak perlu susah-payah mencari
pembeli. Produk ini sudah ada pembeli pukal yang sedia datang sendiri mengambil
produk ikan bilis ini apabila ianya siap untuk dipasarkan.
Rumusan
Produk ini merupakan jalinan kerjasama antara ahli keluarga
terapat. Mereka saling bekerja dan membantu sesame sendiri untuk meneruskan
tradisi keluarga ini dikekalkan.
Kita sedia maklum produk bilis ini sangat terkenal hingga
setiap pelancong yang dating ke Sabah pasti menjadikan produk ini sebagai buah
tangan untuk dibawa pulang ke semenanjung.
6 rajin tulis
Bestnya kak...best sanagt la kalau SA dapat turut serta explore semua ni...entah bila dapat peluang cover story tentang perniagaan atau aktiviti nelayan...
ReplyDeleteInshaallah. Jika ada rezeki pasti dapat juga. Berdoalah dipermudahkan
DeleteRumit juga nak buat ikan bilis ni patutlah harganya mahal.
ReplyDeleteIya. Kena cepat buat takut rosak bahan mentah.
Deletewalaupun ikan bilis ni saiznya kecil-kecil tapi harganya kemain mahal jugak tau, nak-nak yang mata biru tuh
ReplyDeleteMata biru susah dapat, kecil-kecil menyengat harganya. Tapi sedap makan.
DeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif