Pantai Parangtritis

Assalamualaikum. ..Salam kembara dari bumi Pulau Jawa. Lokasi terjah kami ialah Pantai Parangtritis. Dari bandar iaitu Jalan Malioboro k...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum. ..Salam kembara dari bumi Pulau Jawa. Lokasi terjah kami ialah Pantai Parangtritis. Dari bandar iaitu Jalan Malioboro ke pantai ini jaraknya lebih kurang 30km. Perjalanan terasa macam jauh disebabkan oleh kenderaan yang mulai bergerak pulang ke kediaman. Kami sengaja ke pantai lewat petang...kebetulan pula cuaca panas ketika kami di sana.Jadi untuk mengelak keadaan cuaca panas kami bertolak ke lokasi selepas asar. Rupanya suasana petang menjelang senja ini, dinikmati dengan pemandangan suasana matahari tenggelam yang amat cantik. Tidak sia-sia kami datang lewat petang di sini sambil menaiki kereta kuda dengan bayaran 20 ribu rupiah dan melihat matahari terbenam yang sungguh cantik. Kalau anda nak datang awal mandi-manda di sini boleh juga...tapi untuk pengetahuan anda jangan terkejut pula bila selesai mandi  tubuh disaluti dengan pasir pantai yang hitam. Uniknya pasir pantai sini memang hitam. Itulah istimewanya Pantai Parangtritis. Jangan lupa singgah di sini bila berkunjung ke Jogjakarta. 

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif