Unik lagi pelik

Masih lagi cerita kisah di Hanoi,Vietnam. Tak tahu bila nak habis cerita ini sebab bila belek-belek gambar terasa rugi jika tak kongsi g...

www.ceritaku.my

Masih lagi cerita kisah di Hanoi,Vietnam. Tak tahu bila nak habis cerita ini sebab bila belek-belek gambar terasa rugi jika tak kongsi gambar-gambar unik lagi pelik ini dengan pembaca sekalian.Kalau di Malaysia sukar juga nak lihat gudang yang menjual peti besi ini. Hajat hati nak beli satu,tapi bila fikir tak tahu apa nak simpan dalam peti ini...kami cancel beli...hihii.

www.ceritaku.my

Perhati betul-betul gambar di atas.Sekali lihat macam beg untuk dijual,tetapi sebenarnya kerusi besi.Di Vietnam semuanya kecil-kecil dan comel barangan jualan,seperti orang-orang tempatan yang comel-comel.

www.ceritaku.my

Agak-agak berapa lama usia pokok  ini. Dengan juntaian akarnya...kalau malam-malam mungkin menyeramkan. Jom! kita teliti dari dekat gambarnya di bawah..

www.ceritaku.my

Menariknya di sini pokok sebegini besar masih wujud di tengah Bandar Hanoi.Lebih unik ianya masih dipelihara baik dan bukan dijadikan sebagai lokasi sembahyang.Hujung sana sekumpulan warga emas...apa mereka buat tu?

www.ceritaku.my

Senang saja nak berniaga di sini. Duduk saja di kaki lima jalan dan pastikan ada alat penimbang untuk operasi jualan....pasti ada pelanggan.

www.ceritaku.my

Berniaga daging pun di kaki lima jalan. Kalau di Kelantan daging lembu sembelih dijual di tepi jalan besar,cuba perhati sekitar jalan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

www.ceritaku.my

Selalunya peniaga kecil-kecil sebegini merupakan petani yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan di tepi rumah mereka.Bila tanaman mengeluarkan hasil,mereka keluar berniaga di Bandar Hanoi.

www.ceritaku.my

Kalau di Malaysia ada tak kita nampak pemandangan wayar elektrik sebegini.Kalau ada sila maklumkan pada saya.

You Might Also Like

10 rajin tulis

  1. paling menarik pokok beringin itu....

    ReplyDelete
  2. mmg unik sunggoh

    lega dh setel semua .http://gilamodified.blogspot.com/2012/11/selesai-sudah-show-off-harini.html

    ReplyDelete
  3. Wah jeles tengok kak mah merayap semua tempat..motor abe mat dh pulih lom..

    ReplyDelete
  4. Beznya... Meniaga kat kaki lima jalan mcm tu yg unik :-)

    By: djdanchef

    ReplyDelete
  5. unik sungguh tempat mcm tu...lagi2 yang pokok,bagus bukan tmpt smbhyang ataupun ada penunggu huhu...kerusi besi mana ada kat Malaysia camtu...rugi tak bwk balik huhu...

    ReplyDelete
  6. unik sungguh tempat mcm tu...lagi2 yang pokok,bagus bukan tmpt smbhyang ataupun ada penunggu huhu...kerusi besi mana ada kat Malaysia camtu...rugi tak bwk balik huhu...

    ReplyDelete
  7. Post yang menarik. singgah n follow. jemput ke blog saya yang tak seberapa.

    ReplyDelete
  8. comelnya kerusi kecik tue..akak xbeli 1 ke?hehe

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif