Lagi pose menarik,pelik pula

Bila saya tengok gambar travel Sapa Loop ini,rupanya ada lagi beberapa gambar menarik dan pelik yang saya ingin kongsi bersama pembaca ...

www.ceritaku.my

Bila saya tengok gambar travel Sapa Loop ini,rupanya ada lagi beberapa gambar menarik dan pelik yang saya ingin kongsi bersama pembaca sekalian.Semuanya berlaku di Vietnam. Gambar atas merupakan aktiviti petang masyarakat setempat di Ho Kiem Lake,macam di Tasik Titiwangsa ,KL.

www.ceritaku.my

Yang muda cara lasak dan lincah beriadah,warga emas juga tidak ketinggalan. Kesihatan diri penting untuk kesejahteraan hidup. 

www.ceritaku.my

Atok....buat apa tu? Agaknya penat berjalan duduk rehat sekejab sambil membaca.

www.ceritaku.my

Membaca menambah ilmu,walau di mana saja boleh membaca. Terlalu asyik membaca sampai saya ambil gambar pun tak peduli.

www.ceritaku.my

Ini pun menarik juga,boleh dibeli jika anda nak makan. Selalunya harga jualan secara menjaja ini lebih murah berbanding dengan harga di kedai.Anda kena pandai tawar-menawar,serta jangan lupa anda juga kena mengetahui harga semasa buah-buahan ini.Malah ada risalah yang menyenaraikan jenis buah-buahan dan harganya,bijak menawar dapat harga terendah dengan kelazatan dirasa.

www.ceritaku.my

Gambar ini pula ketika kami dalam perjalanan menuju Muzium. Terkejut juga,nasib baik saya tak terpijak.Pakai kemeja macam pekerja ofis agaknya penat sangat lepak sekejab di sini.

www.ceritaku.my

Sekarang Vietnam dah maju,sudah ada scooter dan vespa automatik.Tetapi perlu diingat motorsikal tetap pengangkutan utama di Vietnam.Tak PERCAYA? Zooommm gambar bawah!

www.ceritaku.my

Inilah deretan susunan pengangkutan utama di Vietnam.

www.ceritaku.my

Hari ini berjalan asyik terserempak dengan penjual buah-buahan. Betapa gigihnya mereka bekerja mencari sesuap nasi,berat tu...nak pikul atas bahu.

www.ceritaku.my

Terkejut juga bila berjalan-jalan,kami terjumpa landasan keretapi di antara celah bangunan penempatan. Saya tak pasti sama ada masih digunakan atau tidak.Bila tengok landasannya masih elok dan terjaga,agaknya ia masih berfungsi. Hanya kami tidak pernah terserempak dengan keretapi di sini.

www.ceritaku.my

Unik,dan pelik di Vietnam kerana jeep zaman perang dunia kedua masih ada . Masih boleh digunakan.

www.ceritaku.my

Masa gambar ini diambil lalu-lintas sudah tidak sesibuk ini. Masa lalu-lintas sibuk tak sempat ambil,sebab kami sibuk nak melintas jalan.

You Might Also Like

7 rajin tulis

  1. tak bahaya ke kalau landasan ketapi tu berfungsi lagi, pagar pun takder...respect la dengan brader dressing office tu!

    ReplyDelete
  2. mmg unik..blh selamba je berbaring baca paper...wah diaorg pikul je buah-buahan tu..blh tahan berat tu.

    ReplyDelete
  3. salam kenal dr germany kak mah..hehe..sedapnya manggis..terliur saya...tp sempoinya orang2 vietnam ye, selamba lepak camtu hehe

    ReplyDelete
  4. lepas baca entri ni tetiba rasa bersyukur dilahirkan di bumi malaysia..sebelum ni selalu tertanya2 kenapalah saya tak dilahirkan di negara 4 musim..hehe..tengs

    ReplyDelete
  5. bagus entry sebegini.. menambah lagi ilmu pengetahuan tentang negara luar.. keep it up!! done follow sini..

    ReplyDelete
  6. nice pic.. and nice story...


    so.. following sini :D

    ReplyDelete
  7. mmg pelik..tgk baju kemeja tp baca paper tepi jalan camtu je..

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif