Masuk di Sungai Golok/Su-Ngai Kolok

Alhamdulillah ..... Allah permudahkan segala urusan kami,untuk perjalanan/trip kali ini kami membawa ahli keluarga bercuti ke Thailand k...

www.ceritaku.my

Alhamdulillah ..... Allah permudahkan segala urusan kami,untuk perjalanan/trip kali ini kami membawa ahli keluarga bercuti ke Thailand ketika cuti perayaan tahun baru cina yang lepas.Dari kampung kami Melor,Kota Bharu ke Rantau Panjang tidaklah jauh sangat bagi kami melepasi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok. Kalau dulu jambatan ini dikenali sebagai "Harmony Bridge".Jambatan yang dibina atas dasar kerjasama jalinan erat ini pada Mei,1973 sudah 39 tahun lepas.Ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein Al-Haj,manakala Perdana menteri Thailand ketika itu pula ialah Field Marshal Thanom Thanom Kittikachom....maaf belajar sejarah sekejab.Awal pagi lagi kami sudah beratur untuk cop pasport di Imigresen Sungai Golok.


www.ceritaku.my

Ramai yang melalui "Harmony Bridge" - 24 kaki luas permukaan jalan dan 7 kaki lebar dikhaskan untuk laluan pejalan kaki.Untuk pengetahuan pembaca pejabat Imigresen Sungai Golok sekarang sudah berwajah baru.

www.ceritaku.my

Kebetulan pula,pagi kami bertolak ramai di pejabat imigresen. kenalah beratur panjang. termasuk si cilik pun kena beratur.Kalau imigresen Malaysia tak perlu beratur hanya hulur passport melalui cermin kereta saja.

www.ceritaku.my

Siap isi kad putih beratur mengambil giliran untuk cop passport secara individu. Saya ambil gambar secara sembunyi,maklumlah tidak dibenarkan ambil gambar di sini.Tapi sebab nak buat kenang-kenangan kenalah pandai-pandai usaha ambil gambar.Abe Mat dah di depan kaunter nak cop passport si cilik Mila.

www.ceritaku.my

Pandai pula si Mila depan staf imigresen Thailand. Serius je mukanya.

www.ceritaku.my

Selesa bangunan imigresen Sungai Golok yang baru ini. Dalam bangunan yang sama turut disediakan kemudahan asas buat pelancong.Selesai di sini....jom! bertolak ke Hat Yai.

www.ceritaku.my

Bandar Hat Yai merupakan bandar yang terbesar di selatan Thailand. Ianya merupakan bandar yang tersohor di kalangan pelancong khususnya dari Malaysia. Lokasinya terletak dalam wilayah Songkla.Perjalanan dari Sungai Golok ke Hat Yai sebenarnya memakan masa selama lebih kurang 3 jam saja,itu pun tanpa hentian di pertengahan jalan dengan kelajuan kenderaan yang tidak laju sekitar 100-120km/jam.Kalau di Malaysia sekolah bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina

www.ceritaku.my

Tetapi di Thailand sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa.Tengok tu....murid sekolah !

www.ceritaku.my

Kami konvoi 2 buah kereta.Berhenti di pertengahan jalan untuk makan tengahari sebelum masuk Bandar Hat Yai.Tidaklah laju kami memandu sebab kami sekadar ingin bersantai bersama keluarga,sambil menikmati pemandangan.

You Might Also Like

9 rajin tulis

  1. beraninya kak mah ambik gambar? pernah terfikir nak ambik jugak dekat dalam imgrsn, tapi risau takut jadi isu lain pulak nanti..

    ReplyDelete
  2. Jalan dr sg golok ke hatyai ni besar2 dan x byk kereta. Boleh pecut laju.

    Baru2 ni ad dgr yg 4 wilayah di selatan thai ni nk jadikan thn baru cina cuti umum..blum lg agaknya

    ReplyDelete
  3. wak pon penah gi siam jugakk, tapi X ikut masuk sungai kolok tuuu.. eeHHee

    ReplyDelete
  4. budak2 sekolah naik kereta tu je pergi sekolah?? macam bahaya je tu

    ReplyDelete
  5. agaknya kakak dan adik boleh kecek siam??

    ReplyDelete
  6. naik ikut kakk mah boleh ke - vientiane

    ReplyDelete
  7. comelnya si cilik tu :D

    gambar awan yang pertama tu cantik..

    bila la nak merasa gi tailand ni ya...

    ReplyDelete
  8. wah tak penah g sane
    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. salam akak ape beza border pass dgn pasport?

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif