Pelik,unik tapi benar

Kalau anda ke Vietnam mesti akan terjumpa/sememangnya jumpa kedai Made in Vietnam.Menarik juga barangan dalam kedai tu,kalau yang bernia...

www.ceritaku.my

Kalau anda ke Vietnam mesti akan terjumpa/sememangnya jumpa kedai Made in Vietnam.Menarik juga barangan dalam kedai tu,kalau yang berniat nak bawa balik barangan unik,pelik bolehlah singgah kedai ini. Kebanyakannya barang hasil produk tempatan.

www.ceritaku.my

Inilah pelik,unik tapi benar di Vietnam (Hanoi) pun ada selendang. Puan blogger sekadar bertanya harga,tak beli pun.

www.ceritaku.my

Gambar ini saya ambil di Pasar Dong Xuan. Abe Mat memang suka makan asam.Kalau di Malaysia untuk tester asam yang dijual semuanya dipotong kecil-kecil. Tapi lihat sini testernya sebiji-biji. Pelik,unik tapi benar ini berlaku di Hanoi. Jangan segan nak mencuba,saya dan Abe Mat tak segan bab merasa sebelum membeli ni,siap dihidangkan pula air teh setelah merasa asam ini. Terbaik !

www.ceritaku.my

Ini merupakan pemandangan biasa yang pembaca bakal lihat bila sampai di Hanoi,lorong-lorong kedai sekitar Old Quarter.

www.ceritaku.my

Sebenarnya agak susah juga nak ambil gambar sebegini,sebab mereka akan meminta bayaran kalau gambarnya diambil. Kalau dah terambil dari jauh macam saya buat ni,selamatlah. Produk hasil kraftangan dijaja hanya menggunakan basikal.Mungkin murah sedikit rasanya berbanding yang di dalam kedai.Macam-macam yang anda lihat pelik,unik tapi benar ada di Hanoi.

You Might Also Like

6 rajin tulis

  1. kehidupan susah menyebabkan pelbagai cara digunakan untuk meneruskan hidup...

    ReplyDelete
  2. Dekat mekkah pun ada barangan vietnam

    ReplyDelete
  3. Seronok jejalan di negara org nie...byk barangan luas pandangan....weee !

    ReplyDelete
  4. pernah tak naik keretapi dari Hanoi ke Saigon atau sebaliknya ?

    ReplyDelete
  5. akak..terliur tgk asam tue..nmpk sedap!!

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif