View Kawah Putih

Tengok ni! pemandangan ini saya ambil sebelum turun mendekati tasik yang terbentuk akibat muntahan gunung berapi mendap ini. Untuk pengetah...

www.ceritaku.my Tengok ni! pemandangan ini saya ambil sebelum turun mendekati tasik yang terbentuk akibat muntahan gunung berapi mendap ini. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian,dari atas lagi saya telah menghidu bau tengit gas. Dari sini kelihatan memutih pemandangan tasik ini. Hanya pohon-pohon diatas saja dapat hidup agak subur.

www.ceritaku.my

Ini pula pemandangan dari jarak dekat,lihat tu papan tanda peringatan. Sesiapa yang datang harap membaca papan peringatan tersebut. Peristiwa menarik ketika ini ialah saya dapat menyaksikan sesi penggambaran artis indonesia di sebelah kiri gambar ini. Malangnya,saya tak mengenali artis tersebut. Sebagai peringatan kepada bakal pengunjung anda yang tidak tahan dengan bau tengit ini adalah AMAT TIDAK DIALU-ALUKAN,dikhuatiri anda akan muntah dan pening atau sakit kepala akibat terhidu bau ini. Ibu-ibu hamil jauhi tempat ini,demi keselamatan anda dan bayi. Anda yang tidak tahan bau ini,dinasihatkan berada di gerai-gerai buah strawberry atau cenderamata di tempat parkir.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif