Rumah Terbalik antara lokasi menarik di Sabah

Salam  kembara , salam  jelajah  borneo. Untuk  kali  ini  akak  jadi  pemandu  pelancong  pada  dua  pupu  akak. Kalau  di  Sabah  mereka  panggil  atau  gelar  2  kali  sepupu. Mereka  datang  kebetulan  ada  urusan  kerja. Jadi  akak  pun  kerja  juga. Untuk  memudahkan  pergerakan,  kami  rancang  aktiviti  short  trip  vacation  ini  pada  sebelah  petang.
Nak  dijadikan  cerita  akak  pun  bukannya  mahir  sangat  jalan  di  sekitar  Kota  Kinabalu. Tapi  buat  pandai  dan  sedikit  berani  nak  juga  bawa  waris  akak  berjalan.
Sebelum  keluar  dari  rumah  lagi  dah  plan  dalam  kepala  nak  bawa  mereka  ke  rumah  terbalik. Tawakal  saja  sambil  pandu  kenderaan  sambil  mulut  meriah  bak  murai  cerita  hal  sanak-saudara.
Alhamdulillah  akak  berjaya  sampai  ke  lokasi. Sebenarnya  akak  dah  masuk  kali  ke  3  main-main  di  rumah  terbalik  ini.  Banyak  perubahan  juga  kerana  pihak  pengurusan  telah  membina  bangunan  tambahan  bagi  muzium  3D. Kami  tidak  masuk  muzium. Hanya   sempat  main  terbalik  kepala  dalam  rumah  terbalik  saja.
Harga  masuk  jangan  tanya , akak  tak  tahu. Dua  pupu  belanja. Setakat  ini  entry  pendek  buat  bacaan  ringan  kalian. Sehingga  jumpa  lagi.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen