Nasi lemak restoran Ikmal

Assalamualaikum... Salam dari Tambunan. Kami tersasar lokasi ke Tambunan pula. Kami tidur dalam kenderaan saja memang menjimatkan dan tak p...

Assalamualaikum... Salam dari Tambunan. Kami tersasar lokasi ke Tambunan pula. Kami tidur dalam kenderaan saja memang menjimatkan dan tak perlu nak booking hotel. Kenapa?  Sebenarnya ini perjalanan yang dirancang saat akhir dan bagi memudahkan segalanya baiklah tidur dalam kenderaan, lena juga hingga ke subuh. Bangun subuh mencari masjid yang terletak di tengah bandar Tambunan. Tidaklah besar mana masjid Tambunan ini, kerana majoriti kebanyakan penduduk disini penganut Kristian.
Selesai di masjid kami meronda mencari sarapan. Terjumpa beberapa kedai makan, kami pusing lagi dan akhirnya rezeki berpihak pada Restoran Ikmal.
Rupanya pemilik restoran ini seorang guru yang masih lagi berkhidmat dan berasal dari Kelantan. Manakala isterinya merupakan seorang mualaf,penduduk tempatan. Restoran ini diusahakan oleh anak keduanya.
Pertama kalinya akak makan nasi lemak yang sedap di restorannya.  Boleh bagi 5* kerana rasanya yang cukup serba~serba kononnya nak makan sebungkus lagi tapi dah ditapau oleh pelanggan lain. Mujurlah ada rezeki makan sedap walau sebungkus.... Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif