Oceanus Waterfront Mall

Salam  sejahtera . ..apa  khabar  semua. Harap  semua  sihat  jaga  kesihatan,minum  banyak  air  musim  panas  sekarang. Bercakap  menge...

Salam  sejahtera . ..apa  khabar  semua. Harap  semua  sihat  jaga  kesihatan,minum  banyak  air  musim  panas  sekarang.
Bercakap  mengenai  cuaca  panas  seluruh  negara,akak  nak  beritahu  satu  lokasi  permainan  kanak-kanak. Sesuai  sangat  kerana  ianya  terkenal  di  tengah  bandar  Kota  Kinabalu. Emak  bolehlah  membeli  barangan  dapur  manakala  ayah  pula  boleh  lah  bertindak  sebagai  supervisor  anak  di  indoor  games  ini.
Sedikit  bayaran  masuk  dikenakan   (maaflah  akak  tak  tanya-berlalu  pantas  kerana  ada  urusan  penting), walaupun  berbayar  ianya  memang  berbaloi. Terlindung  dari  panas  dan  hujan  sambil-sambil  penjaga  boleh  bersosial  di  fb.
Lokasi  di  Oceanus  Waterfront  Mall,terus  turun  bahagian  bawah/basement  dekat  escolator  dan  juga  tandas  percuma. Parking  pula  di  tingkat  3  bangunan  ini. Oleh  kerana  ianya  baru  dibuka  pada  umum  pihak  pengurusan  berbesar  hati  memberi  3  jam  percuma  parking. Apa  macam?  Lama  3  jam  ni, seronoklah  anak-anak  main. Okay . ..itu  saja  nak  cerita  kali  ini,hingga  berjumpa  lagi.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif