Diari Borneo
Sabah - Taman Banjaran Crocker
Taman Banjaran Crocker , Keningau
5/08/2016
Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Tiap minggu jalan tiap hari jalan dan tiap hari juga sibuk. Hingga nak tulis blog tertangguh.
Bila berjalan dekat atau jauh pastikan bekalan makanan dibawa bersama. Paling penting air masak atau air kosong. Buat isi dan basahkan tekak dikala kekeringan.
Kali ini akak bungkus sekali nasi goreng yang berbaki dari rumah. Dan seliter air nescafe yang panas. Kami sempat minum secawan saja di rumah. Selesai tapau bergeraklah kami.
Akak jadi pemandu kali ini. Ingat bila memandu di Borneo terutama Sabah kena fokus. Jalan sini amat berbeza dengan jalan semenanjung. Arah tuju asal nak ke Pulau Labuan kononnya nak kejar feri di menumbok jam 4 petang.
Ermmmm . ..malangnya plan bertukar di pertengahan jalan atau lebih tepat di persimpangan Kimanis - Keningau. Pemanduan akak bertukar ke lokasi Keningau.
Seterusnya perjalanan masih fokus ke Keningau dan kami singgah di Taman Banjaran Crocker. Bila masuk taman-taman Sabah anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm3/orang.
Jangan ketawa kami masuk bayar rm3 seorang dan minum kopi tenom rm3.50 sambil menikmati pemandangan. Lepas minum kami turn ke lokasi lain.....nanti kita sambung. ..
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif