www.ceritaku.my

Hentian yang paling saya suka.Bila perjalanan jauh begini,makanan ringan menjadi pilihan.Selesai makan tengahari sebentar tadi kami jenguk-jenguk kedai makanan ringan di sebelah kedai makan tersebut.Sebenarnya jarak masa perjalanan dari Sungai Golok ke Hat Yai tidaklah jauh mana pun,tetapi sekadar ingin membeli makanan ringan buat si cilik yang ada bersama kami.Sambil melihat aneka pilihan makanan ringan yang enak.

www.ceritaku.my

Si kakak (gambar di atas sekadar memerhati) tetapi si adik terus saja ambil yang berkenan.Maklumlah si adik kuat makan.Seronok tengok gelagat mereka berdua yang begitu teruja dengan makanan ini.

www.ceritaku.my

Siapa tak teruja,kalau bentuk yang menarik dan warna yang meriah! Selesai makan di Sungai Palas (nama lokasi hentian makan kami) seterusnya kami  menuju ke Hat Yai.Hotel pilihan kali ini ialah PINK LADY HOTEL.

www.ceritaku.my

Sengaja pilih hotel di tengah bandar Hat Yai ini,supaya tidak susah nak jalan kaki jauh-jauh.Turun dari hotel terus saja ke night market/bazar malam Hat Yai.Tengoklah gambar di atas....games yang disediakan oleh pihak hotel.

www.ceritaku.my

Masa yang terluang diisikan dengan aktiviti ini sementara menunggu masa nak ke pasar malam Hat Yai.

www.ceritaku.my

Sebelum ke pasar malam,kami ke kedai makan mengisi perut yang sudah mengeluarkan alarm... Kedai pilihan hanya di sekitar bandar Hat Yai saja.

www.ceritaku.my

Si cilik Mila tak mahu order air tetapi semua air orang diminum atas alasan "adik nak cuba,best tak",kalau kita orang dewasa buat macam tu...rasa-rasa boleh tak?

www.ceritaku.my

Maaf...kami makan sekejab.

www.ceritaku.my

Jemput makan malam semua....mengalas perut sebelum memulakan aktiviti membeli-belah di pasar malam Hat Yai.
www.ceritaku.my

Alhamdulillah ..... Allah permudahkan segala urusan kami,untuk perjalanan/trip kali ini kami membawa ahli keluarga bercuti ke Thailand ketika cuti perayaan tahun baru cina yang lepas.Dari kampung kami Melor,Kota Bharu ke Rantau Panjang tidaklah jauh sangat bagi kami melepasi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok. Kalau dulu jambatan ini dikenali sebagai "Harmony Bridge".Jambatan yang dibina atas dasar kerjasama jalinan erat ini pada Mei,1973 sudah 39 tahun lepas.Ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein Al-Haj,manakala Perdana menteri Thailand ketika itu pula ialah Field Marshal Thanom Thanom Kittikachom....maaf belajar sejarah sekejab.Awal pagi lagi kami sudah beratur untuk cop pasport di Imigresen Sungai Golok.


www.ceritaku.my

Ramai yang melalui "Harmony Bridge" - 24 kaki luas permukaan jalan dan 7 kaki lebar dikhaskan untuk laluan pejalan kaki.Untuk pengetahuan pembaca pejabat Imigresen Sungai Golok sekarang sudah berwajah baru.

www.ceritaku.my

Kebetulan pula,pagi kami bertolak ramai di pejabat imigresen. kenalah beratur panjang. termasuk si cilik pun kena beratur.Kalau imigresen Malaysia tak perlu beratur hanya hulur passport melalui cermin kereta saja.

www.ceritaku.my

Siap isi kad putih beratur mengambil giliran untuk cop passport secara individu. Saya ambil gambar secara sembunyi,maklumlah tidak dibenarkan ambil gambar di sini.Tapi sebab nak buat kenang-kenangan kenalah pandai-pandai usaha ambil gambar.Abe Mat dah di depan kaunter nak cop passport si cilik Mila.

www.ceritaku.my

Pandai pula si Mila depan staf imigresen Thailand. Serius je mukanya.

www.ceritaku.my

Selesa bangunan imigresen Sungai Golok yang baru ini. Dalam bangunan yang sama turut disediakan kemudahan asas buat pelancong.Selesai di sini....jom! bertolak ke Hat Yai.

www.ceritaku.my

Bandar Hat Yai merupakan bandar yang terbesar di selatan Thailand. Ianya merupakan bandar yang tersohor di kalangan pelancong khususnya dari Malaysia. Lokasinya terletak dalam wilayah Songkla.Perjalanan dari Sungai Golok ke Hat Yai sebenarnya memakan masa selama lebih kurang 3 jam saja,itu pun tanpa hentian di pertengahan jalan dengan kelajuan kenderaan yang tidak laju sekitar 100-120km/jam.Kalau di Malaysia sekolah bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina

www.ceritaku.my

Tetapi di Thailand sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa.Tengok tu....murid sekolah !

www.ceritaku.my

Kami konvoi 2 buah kereta.Berhenti di pertengahan jalan untuk makan tengahari sebelum masuk Bandar Hat Yai.Tidaklah laju kami memandu sebab kami sekadar ingin bersantai bersama keluarga,sambil menikmati pemandangan.
www.ceritaku.my

Akhirnya kisah ride kami ke Sapa Loop tamat di sini. Kebetulan pula terserempak dengan kawan lama yang merupakan tour guide kami 5/6 tahun lepas. Malah lebih memeranjatkan beliau boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.Beliau membawa rombangan Malaysia,katanya.

www.ceritaku.my

Pemandangan di Airport Noi Bai.Setelah selesai check-in,kami berehat di sini.

www.ceritaku.my

Akhirnya berjumpa juga dengan makcik dan rombongannya yang dibawa oleh kawan saya (kawan Vietnam).Makcik berdua ini sudah berpangkat nenek,sememangnya mereka adalah kawan baik dan selalu bercuti bersama.Oleh kerana mereka sudah kehilangan pasangan hidup,maka bila berjalan jauh masing-masing membawa cucu sebagai teman tidur.Seronok juga berbual dengan mereka....banyak negara sudah mereka pergi rupanya...sungguh berani makcik-makcik ini.

www.ceritaku.my

Selesai berbual mesra dengan makcik-makcik tersebut kami berdua merehatkan badan sambil mata melilau melihat gelagat penumpang yang lain. Akhirnya Vietnam khususnya Hanoi kami tinggal jejak....memori indah pelbagai pengalaman manis dan entah bila pula kami akan ke sini lagi.

www.ceritaku.my

Paparan kali ini saya pelbagaikan gabungan gambar yang saya ambil sepanjang kami berdua berada di Bandar Hanoi.Di atas merupakan salah satu kedai di Old Quarter yang menjual hasil seni masyarakat tempatan.Apa yang berjuntai merah tu? Itulah pakaian tradisional masyarakat H'mong (Bac Ha) di Vietnam.

www.ceritaku.my

Ini pula restauran yang menghidangkan makanan HALAL,selain dari NISA RESTAURANT. Ingat tak lagi kisah kami berjumpa pelajar Singapura,yang membawa handycam unik.Kami bertemu mereka dan bertukar maklumat serta menuju ke restauran Tandoor ini.

www.ceritaku.my

Ini pula tiket kami ketika masuk ke muzium tempoh hari.Abe Mat bergambar dengan memakai topi Vietnam tuu...

www.ceritaku.my

Pemandangan dari jauh orang ramai di tengah Tasik Hoan Kiem menuju ke pagoda lama.Memang ramai pengunjung di waktu petang.

www.ceritaku.my

Ini pula pagoda yang ketika kami di sana,sedang dalam proses baik-pulih. Kena mendayung kalau nak ke pagoda ini.

www.ceritaku.my

Kita lihat dari jauh....

www.ceritaku.my

Gerbang utama...menuju ke pagoda.

www.ceritaku.my

Ada yang santai ditengah jambatan ini sambil bergambar,sementara menunggu giliran masuk.

www.ceritaku.my

Upppsss,macam kenal je. Tak lepas peluang ambil gambar di kalangan masyarakat setempat.

www.ceritaku.my

Sesiapa yang pernah sampai di Bandar Hanoi atau yang bakal ke Hanoi,pastikan anda melihat bangunan ini yang terletak di tengah bandar.

www.ceritaku.my

Keunikkan Hanoi dengan kepelbagaian kedai jualan dan penjaja jalanannya.Percayalah bila anda sampai di Hanoi,anda pasti tertawan dengan keunikan yang pelik tetapi realiti berlaku.

www.ceritaku.my

Pelajar warganegara Singapura ini kami terserempak ketika dalam perjalanan pulang dari Nisa Restauran.Kebetulan pula restauran Nisa tutup seketika sehingga waktu makan malam. Oleh kerana dah lapar kami menapak mencari restauran Tandoor. Restauran Tandoor ini juga turut menyediakan hidangan halal.(entry akan datang saya paparkan gambarnya).


www.ceritaku.my

Sempat juga Abe Mat bertukar maklumat dengan pelajar-pelajar kolej ini. Bagusnya dan bertuah mereka kerana dalam usia muda mereka sudah menjelajah ke negara asing hanya berbekalan simpanan tabungan mereka, juga pendapatan tambahan/sampingan yang dibuat serta dikumpul sebelum aktiviti mengembara ini. Sikap ini patut dicontohi.

www.ceritaku.my

Masih di Hanoi kita,saya tidak akan beralih cerita pengembaraan baru selagi saya berpendapat pembaca berhak melihat sesuatu yang menarik HANYA DI HANOI.Nasib baik,kami tak ambil pisang tu.

www.ceritaku.my

Ini juga pemandangan biasa di sekitar Old Quarter,Hanoi.Kuala Lumpur pun ada sebegini tapi rasanya tidak seunik di Hanoi.

www.ceritaku.my

Bagi yang berminat dengan beg-beg boleh beli di jalanan sebegini. Beg baru ni,hanya perlu pandai tawar-menawar pasti kalian dapat harga terbaik dan murah.

www.ceritaku.my

Umum sedia maklum Vietnam,pengangkutan utamanya motorsikal tapi....bas juga tetap pengangkutan utama.Best juga naik bas di Vietnam ni,kami dah cuba...tahun 2007 dulu,anda pun boleh cuba juga.

www.ceritaku.my

Kecil bukan ayam Vietnam....lepas  pula di kaki lima  jalan. Jinak.

www.ceritaku.my

Nak makan roti,baik beli awal pagi dan petang ...ketika itu baru siap.Untuk pengetahuan anda bila penjual dah kenal kita,makin murah dapat beli roti ini.
www.ceritaku.my

Masih lagi cerita kisah di Hanoi,Vietnam. Tak tahu bila nak habis cerita ini sebab bila belek-belek gambar terasa rugi jika tak kongsi gambar-gambar unik lagi pelik ini dengan pembaca sekalian.Kalau di Malaysia sukar juga nak lihat gudang yang menjual peti besi ini. Hajat hati nak beli satu,tapi bila fikir tak tahu apa nak simpan dalam peti ini...kami cancel beli...hihii.

www.ceritaku.my

Perhati betul-betul gambar di atas.Sekali lihat macam beg untuk dijual,tetapi sebenarnya kerusi besi.Di Vietnam semuanya kecil-kecil dan comel barangan jualan,seperti orang-orang tempatan yang comel-comel.

www.ceritaku.my

Agak-agak berapa lama usia pokok  ini. Dengan juntaian akarnya...kalau malam-malam mungkin menyeramkan. Jom! kita teliti dari dekat gambarnya di bawah..

www.ceritaku.my

Menariknya di sini pokok sebegini besar masih wujud di tengah Bandar Hanoi.Lebih unik ianya masih dipelihara baik dan bukan dijadikan sebagai lokasi sembahyang.Hujung sana sekumpulan warga emas...apa mereka buat tu?

www.ceritaku.my

Senang saja nak berniaga di sini. Duduk saja di kaki lima jalan dan pastikan ada alat penimbang untuk operasi jualan....pasti ada pelanggan.

www.ceritaku.my

Berniaga daging pun di kaki lima jalan. Kalau di Kelantan daging lembu sembelih dijual di tepi jalan besar,cuba perhati sekitar jalan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

www.ceritaku.my

Selalunya peniaga kecil-kecil sebegini merupakan petani yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan di tepi rumah mereka.Bila tanaman mengeluarkan hasil,mereka keluar berniaga di Bandar Hanoi.

www.ceritaku.my

Kalau di Malaysia ada tak kita nampak pemandangan wayar elektrik sebegini.Kalau ada sila maklumkan pada saya.
www.ceritaku.my

Tak perlu nak cakap dah,mohon baca atas.Pilih saja baca yang mana faham. Kami berjalan kaki untuk sampai di muzium ini.Oittt! Abe Mat tu,tengah buat apa tu?

www.ceritaku.my

Sejarah mengajar erti kehidupan.Sejarah juga mematangkan kita.

www.ceritaku.my

Jaga-jaga nanti terpetik suis,perang moden pula. Kenapa tak terlintas nak naik ikut tangga tepi tu dulu huhuhuu.

www.ceritaku.my

Memeriksa senjata agar sentiasa dijaga rapi.

www.ceritaku.my

Akak...! sampai bercekak tangan di pinggang,marah ke apa ni? Inilah aksi spontan pengunjung yang saya sempat ambil gambarnya.

www.ceritaku.my

Bahagian dalamnya pula,dapat juga lihat baju ,topi dan tongkat zaman dulu yang dipamerkan. Semua yang ada di muzium ini merupakan tinggalan sejarah perang dunia ke 2 dulu.

www.ceritaku.my

Sila abaikan kipas sebelah kanan anda,itu bukan bahan sejarah lagi.  Beberapa laras senapang yang dipamerkan dengan begitu simbolik lagi,boleh dipegang dan tiada peluru je.Mari kita lihat dari dekat senapang ini...LIHAT BAWAH!

www.ceritaku.my

Kisah perang zaman dulu antara Vietnam dan Perancis.

www.ceritaku.my

Gambaran perang zaman dulu.Dah habis tengok muzium ....mohlah! kita keluar tengok apa ada di luar muzium.

www.ceritaku.my

Gerai jualan pelbagai barangan antara kopi yang Abe Mat pakai. Sesuai tak jadi soldier ni?

www.ceritaku.my

Kalau nak hadiah pada kawan pun boleh ni...

www.ceritaku.my

Inilah pemandang luar muzium.

www.ceritaku.my

Mesti ramai tertanya-tanya,apa ni? Rangka kapal terbang yang menjadi sejarah negara Vietnam.Kami nak menuju ke bahagian lain muzium....jom!

www.ceritaku.my

Bahagian ini mempamerkan kenderaan besar zaman dulu,turut dipamerkan juga ....lihat bawah!

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Dua gambar di atas,merupakan gambaran peristiwa yang berlaku pada ketika itu.Betul-betul....macam berada dalam kisah silam bila perhati gambar-gamabar yang ada di sini.

www.ceritaku.my

Bahagian ini mempamerkan kenderaan besar,sebab itu ianya terletak di sebelah luar tetapi tetap dalam bangunan muzium...Abe Mat buat apa tu?
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home