Selamat tinggal Hanoi

www.ceritaku.my

Akhirnya kisah ride kami ke Sapa Loop tamat di sini. Kebetulan pula terserempak dengan kawan lama yang merupakan tour guide kami 5/6 tahun lepas. Malah lebih memeranjatkan beliau boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.Beliau membawa rombangan Malaysia,katanya.

www.ceritaku.my

Pemandangan di Airport Noi Bai.Setelah selesai check-in,kami berehat di sini.

www.ceritaku.my

Akhirnya berjumpa juga dengan makcik dan rombongannya yang dibawa oleh kawan saya (kawan Vietnam).Makcik berdua ini sudah berpangkat nenek,sememangnya mereka adalah kawan baik dan selalu bercuti bersama.Oleh kerana mereka sudah kehilangan pasangan hidup,maka bila berjalan jauh masing-masing membawa cucu sebagai teman tidur.Seronok juga berbual dengan mereka....banyak negara sudah mereka pergi rupanya...sungguh berani makcik-makcik ini.

www.ceritaku.my

Selesai berbual mesra dengan makcik-makcik tersebut kami berdua merehatkan badan sambil mata melilau melihat gelagat penumpang yang lain. Akhirnya Vietnam khususnya Hanoi kami tinggal jejak....memori indah pelbagai pengalaman manis dan entah bila pula kami akan ke sini lagi.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. ala..sayu jer kan bila dah nak balik. hebatnya makcik-makcik tu berjalan, macam orang muda pulak, hehe...

    ReplyDelete
  2. Usia tak ada masalah yang penting ada duit dan sihat mana pun boleh pergi. Bagus makcik tu. Untunglah cucu dia dapat ikut sama..

    ReplyDelete
  3. Lepas ini saya akan ceritakan family trip ke Kh Samui,Thailand...EN.Khairul
    Betul saya setuju dengan pendapat Orga dan Kakzakie.

    ReplyDelete
  4. mesti seronok bersembang2 dgn makcik tue kan sbb blh share experience pergi melancong ke negara org..

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen