Sabah- Negeri di bawah bayu...

www.ceritaku.my
Kenapa terkejut? Gambar ini diambil di Bukit Bendera kalau tak silap saya,iaitu suatu kawasan tinggi atau viewpoint untuk melihat bandar KK. Pemandangan dari sini amat menarik sekali.


www.ceritaku.my
Jangan tak percaya untuk sampai ke sini satu cabaran bagi saya yang terpaksa memandu sang kancil,dah lah tinggi tempatnya tapi memang puas hati.Hajat di hati nak daki Gunung Kinabalu apa kan daya masa tak mengizinkan mungkin ...lain kali nak daki juga.



www.ceritaku.my
Singgah sebentar tapi sempat lagi menjamu selera di rumah seorang sahabat saya,pensyarah IP Gaya. Mulanya tak mau singgah,khuatir menyusahkan tapi bila dia beria-ria ajak kami pun singgah. En.Sawari Pensyarah Seni...terima kasih untuk kalian berdua kerana sudi menjamu kami,walau pun baru sebulan bertugas di sini.



www.ceritaku.my
Sememang saya amat terkejut bila melihat Jambatan Tamparuli ini. Saya beranggapan ianya sebuah jambatan yang besar dan merupakan laluan utama kenderaan. Tapi anda lihat lah sendiri.....lagunya memang gah!



www.ceritaku.my
Ini pula jeti utama di Pulau Manukan Sabah,dari jauh lagi saya sudah tertarik dengan pemandangannya yang indah. Kami singgah beriadah di sini,ada juga yang sempat mandi-manda.



www.ceritaku.my Orang lain seronok mandi-manda,saya ambil kesempatan melawat Muzium Marine.


www.ceritaku.my
Posing di deretan gerai Pekan Nabalu,agak murah jika anda ingin membeli baju 't' di sini. Aktiviti singgah shopping di Pekan Nabalu adalah wajib jika kita ke Sabah.



www.ceritaku.my
Muzium Marine,tiada bayaran dikenakan.Rugi kalau kita dah sampai ke Manukan ni kalau tak masuk sini.


www.ceritaku.my Bergambar setelah selesai meniti jambatan gantung,paling tinggi 120 kaki.



www.ceritaku.my Dalam perjalanan menuju ke Canopy Walk.



www.ceritaku.my Nak mendaki tapi masa tak mengizinkan,lagipun kena booking dulu....tak pa lah kita posing je kat depan ni....



www.ceritaku.my
Cantik bukan pemandangan ini yang saya ambil dari viewpoint Gunung Kinabalu.


Gambar di gerai Pekan Nabalu lagi,bagi anda yang ingin membeli cenderahati kat sini banyak sangat,kena pandai tawar-menawar pasti anda dapat harga murah....


www.ceritaku.my Tak payah cakap dah tertulis kat gambar tu lokasinya,tapi satu kenangan yang indah dan menarik kerana jurukamera ialah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Memang ada bakat jadi jurugambar....



www.ceritaku.my
Tak mahu melepaskan peluang nak juga ambil gambar kat sini...Agak penat juga kami mendaki ke atas ...



www.ceritaku.myAlang-alang kami sewa bot,kami ambil peluang round ke Pulau Gaya...perkampungan air yang menarik sekali.


www.ceritaku.my Betul tak? Ini lah pemandangan dari jauh yang sempat saya rakamkan....




Maaf termasuk dua kali gambar ni.....tengok je lah!


www.ceritaku.my Pemandangan dari jauh yang amat menarik....patutlah ramai pelancung asing suka ke sini.


www.ceritaku.my Lagi pemandangan Pulau Manukan dan Pulau Gaya,dua pulau yang terpisah....


Ini lah rombongan Cik Kiah saya....ada lagi beberapa orang lain,sebahagian lagi tak mahu ikut sebab nak shopping di bandar KK.

www.ceritaku.my Jeti kampung atau jeti haram panggilan masyarakat tempatan....ini lah kehidupan seharian masyarakat Sabah.

www.ceritaku.my Sempat senyum tu....sebenarnya dah semput...nak jalan bukannya dekat jauhnya. Tapi nak juga naik jambatan gantung.


www.ceritaku.my Masing-masing penat tapi sebab nak bergambar aje kontrol....penat sungguh sebab kita terpaksa mendaki bukit untuk sampai ke jambatan gantung ini. Ada juga yang berpatah balik ke awal,tak sanggup nak mendaki...

www.ceritaku.my Pemandangan Gunung Kinabalu di awal pagi,sungguh cantik dengan kabusnya yang masih menebal...


Kami posing di sini,ambil gambar Gunung Kinabalu dari jauh pun di Kaki Gunung Kinabalu.


www.ceritaku.my
Aktiviti membeli-belah jangan lupa...banyak pilihan. Pasti anda akan rambang mata. Cuba jangan tak cuba,bukan kena bayar pun....


www.ceritaku.my Satu lagi aktiviti makan ikan bakar,jangan lupa cuba. Memang menyelerakan ...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home