Prince Mekong Villa

Kami bergambar dengan Eric warga Austria pemilik guesthouse ini,murah harganya USD10/night siap laundry. Pagi kami diberi makan roti dan t...

www.ceritaku.m

Kami bergambar dengan Eric warga Austria pemilik guesthouse ini,murah harganya USD10/night siap laundry. Pagi kami diberi makan roti dan telur. Itu semua termasuk dalam harga pakej penginapan di sini. Yang paling istimewa kami diberi basikal selama penginapan kami di sini. Ini pun termasuk dalam harga pakej USD10. Berbasikal kami round kampung baru,siap melawat hospital Rama iaitu sebuah hospital yang memberi rawatan percuma kepada kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah dan rawatan percuma turut disediakan kepada ibu-ibu mengandung. Untuk pengetahuan anda sehari lebih kurang 30 orang kelahiran baru di hospital ini. Pemilik atau pengasas hospital ini adalah warganegara Sweden.




www.ceritaku.m Bersama dengan seorang kakitangan Prince Mekong Villa yang fasih berbahasa English.



Saya sempat menikmati KFC di Siem Reap,jangan terkejut kerana ianya halal. KFC di sini adalah francais dari syarikat Johor. Lebih murah menikmati KFC berbanding dengan makan di restoran. Masa ini suami dan saya dah bersiap sedia untuk bertolak ke Poi Pet,kami membuat keputusan menaiki bas dengan bayaran USD11 untuk 2 orang. Memang amat murah berbanding dengan harga USD30/taxi,kalau kongsi teksi USD10/person. Mana lebih murah?


You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif