Poi Pet-tunggu kami..

Biasalah nama lagi naik bas awam,banyak kali lah drever bas ni berhenti. Siapa tak nak makan free,tiap kali berhenti driver dapat makan fr...

www.ceritaku.my

Biasalah nama lagi naik bas awam,banyak kali lah drever bas ni berhenti. Siapa tak nak makan free,tiap kali berhenti driver dapat makan free. Katanya 20 minit nak berhenti last sekali jejak juga 40 minit. Ini gambar yang diambil di Weal Boeungchouk,kalau nak tahu kami dah hampir sangat dengan sempadan nak masuk Thailand dalam 20 minit perjalanan. Aduh! sempat lagi bas ni berhenti dengan alasan bas di sempadan belum sampai. Ingat! apa saja dia orang cakap dengar aje tapi percaya jangan.


Ini lah basnya,muatan umpama ikan sardin. Apa taknya orangnya berapa ramai disumbat selagi boleh sumbat,beg lagi. Memang mencabar sungguh!.Satu cerita menarik kami beli tiket bas berhawa dingin,nak tahu? Driver hanya pasang aircond 1/2 jam aje lepas tu dia tutup,alasannya aircond rosak. Anda boleh komen tapi jangan melampau silap langkah dihalau turun dari bas. Ini pengalaman yang berlaku dalam bas saya,tapi penumpang tu tak turun lah.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif