Ride to Singapore

Marina Bridge merupakan salah satu lokasi riadah bagi masyarakat Singapura ini. Kami singgah sekejab sementara menanti gelap,memang ramai o...

Marina Bridge merupakan salah satu lokasi riadah bagi masyarakat Singapura ini. Kami singgah sekejab sementara menanti gelap,memang ramai orang ketika ini.


Lihat...mereka hanya dapat beriadah di sini dalam kawasan yang terhad,berbanding kita di Malaysia banyak tempat menarik yang kita boleh kunjungi.


Dari sini kita boleh nampak salah satu mercu tanda Singapura....Kami tak sana pun.



Ini juga gambar yang dirakam di Marina Barrage.


Salah satu arca yang menarik perhatian saya ,unik sekali. ..Marina Barrage....



Ini pula hotel kasino yang masih dalam proses pembinaan,unik bukan! Kasino yang berbentuk kapal,kelak akan menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Singapura.


Pemandangan dari Marina yang berlatar-belakang hotel kasino. Ketika ini jam menunjukkan pukul 6.30pm.


Ini pula gambar yang saya rakamkan dihadapan Marina yang berlatar-belakang laut,pusat perdagangan utama Singapura dan antarabangsa.Khabarnya sedang dibina jalan dibawah air sebagai daya tarikan pelancong.


Walaupun dah hampir malam masih lagi beroperasi,kebanyakan pekerja dari negara kita...Johor.





Inilah tour guide kami berbaju gelap,walau pun bercakap masih seolah-olah tersenyum.Terima kasih kerana sudi membantu kami semua.


Saya merakam gambar ini ketika kami mula konvoi masuk ke Marina,tuan motor tu tak tahu pun gambarnya diambil....



Masih di Marina ketika mendengar Jali tour guide kami berkongsi maklumat trafik.



Haa... inilah signboard nya,pintu masuk utama Marina Barrage.







Kan dah cakap kami tak singgah sana,saya amik gambar ni pun ketika atas motor menuju ke Marina Barrage...


Ini pula di Arab Street....si baju merah tu tak perasan pun gambarnya diambil.


Hadapan Masjid Sultan,menurut kisah zaman dulu para pekerja dari luar Singapura akan berkumpul di sini. Di sini lah juga pusat membeli-belah dan membasahkan tekak dan memenuhkan perut.


Arab Street di waktu petang,kerusi meja dah mula tersusun di luar kedai.Kalau sesiapa yang ingin membeli kain batik Indonesia boleh dapatkan di sini,begitu juga minyak wangi berjenama.Harganya pasti lebih murah dari Malaysia.



Dari zohor hingga asar kami di sini,now minum air dan pekena putu mayam.Best juga...



Uncle ni ....turut konvoi dengan saya dari KL lagi,memang bertenaga orangnya dan juga suka senyum.Nice to meet U!


Lagi gambar Arab Street yang berlatar Masjid Sultan pada suasana petang.





Kelantan Lane...tengok bermacam-macam hasil jualan anda boleh dapati di sini.










Gambar-gambar ini saya ambil ketika kumpulan kami bergerak menuju kedai aksesori motor.

Kalau tak silap nama Kedai Ah Boy.





Depan Malay Heritage Museum...Singapore

Saya merakam gambar di hadapan Muzium Melayu di Kampung Gelam.Maaf .... dalam muzium tak boleh ambil gambar ada CCTV. Seronok masuk muzium ni,walau pun bayaran USD4,saya boleh melihat set penggambaran cerita BUJANG LAPOK dan beberapa sejarah seni dan masyarakat Melayu Singapura.


Inilah pintu utama menuju ke Muzium Melayu Kampung Gelam,Singapura.










Lokasi di hadapan Masjid Sultan,Singapura.











Arab Street dan aktiviti jualan yang lebih rancak ketika waktu petang menjelma.











Bergambar di luar pagar Masjid Sultan ketika mula-mula sampai di sini.





Konvoi beramai-ramai di Singapura,pastikan had laju anda tidak melebihi 9o....nanti kena saman.










Zoo Singapore.....2010



Alamak 2 kali gambar ni...sorry...















Zoo Singapura,nak masuk dikenakan bayaran USD18...silakan...


Ada juga kena repair tayar motor yang terkena paku....


Motor sapa ? Inilah motor Jali tour guide kami.




Sempat posing tu...sebelum repair tayar motor yang terkena paku.



Laluan masuk ke pintu utama Zoo Singapura.








Paku di tayar....ketika mula-mula masuk Singapura. So apa lagi yang lain posing dulu.



Hati-hati yang belakang tu jangan kejar kami,pastikan had laju dipatuhi...



Awal pagi sebelum masuk Singapura,pekena karipap dan kuih keria yang sedap juga nasi goreng yang amat pedas itu...


Makan malam bersama kawan-kawan baru.....












Kami bermalam di Naza Hotel,Johor Baharu.

















Berkumpul seawal jam 8.00 pagi di Shell selepas tol Sungai Besi...setelah cukup ahli kami ahli konvoi bergerak menuju ke Johor Baharu.Selama 2 malam kami bermalam di Naza Hotel,seharian melawat Singapura hingga malam.






You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif