Rundum Highland, Tenom

Rundum Highland Lokasi : Terletak di Tenom. Kena melalui Pekan Kemabong seterusnya lintas di depan SK Kemabong terus naik mendaki ke ...

www.ceritaku.my
Rundum Highland

Lokasi :

Terletak di Tenom. Kena melalui Pekan Kemabong seterusnya lintas di depan SK Kemabong terus naik mendaki ke atas dengan jarak perjalanan 30km saja. Tetapi ianya memakan masa hampir 1 jam. Bergantung pada kenderaan yang kalian pandu ketika naik ke RUNDUM HIGHLAND.
www.ceritaku.my
Bulatan Pekan Kemabong
Kena jumpa bulatan ini dan ambil arah kiri untuk ke RUNDUM HIGHLAND.

Tip Travel dan kesihatan :
  • Bawa bekal makanan dan minuman sendiri-kerana tiada kedai di atas.
  • Kalau mahu BBQ-bawa juga dari rumah kalian.
  • Peralatan memasak sendiri itu lebih baik.
  • Nak indoor games juga bawa sendiri.
  • Pakai topi-cuaca agak panas tengahari dan mulai sejuk bila menjelang jam 4 petang.
  • Peralatan mandi juga bawa sendiri.
  • Jangan lupa selimut ,bantal untuk keselesaan malam kelak.
Kenderaan yang sesuai naik ke sini :


Bagi akak kenderaan pacuan 4 roda yang paling sesuai dengan faktor jalan sebegini. Tetapi kalian kena tahu dan faham hebatnya pemandu di Sabah ini ada kereta saga mampu sampai sini. Hebat tak? Kereta kancil yang naik dahulu dari akak ,rasanya terpaksa berpatah balik turun ke bawah. Mungkin sebab penuh penumpang di dalam kereta kancil itu.

Aktiviti yang boleh dilakukan disini:
  1. Menaiki kuda dengan kadar bayaran rm15 bagi dewasa dan rm7 bagi kanak-kanak,lokasinya bergerak 1 pusingan di tapak padang SK Rundum.
  2. Aktiviti kedua seperti yang akan maklumkan sebelumnya ialah BBQ dengan bekalan sendiri dan peralatan sendiri.
  3. Seterusnya kalian boleh hiking -kena rujuk di pendaftaran untuk bayaran hiking ini. Khabarnya ada air terjun berdekatan,ada juga tinggalan sejarah kubu zaman dulu.

Kadar penginapan di sini:

  1.  Pakej ‘Asiamu’ RM150 semalam yang menyediakan khemah berukuran 18x18 yang menyediakan tilam Queen 1 unit dan 2 unit tilam single.
  2. “Pakej ‘Tambukui’ pula menawarkan harga RM130 semalam menyediakan khemah berukuran 15x15 dilengkapi dengan kemudahan tilam ukuran Queen 1 unit dan Tilam Single 1 Unit.
  3. “Pakej ‘Antingais’ pula menyediakan khemah berukuran 6 x 6 kadar sewaan ya semalam RM30 dilengkapi dengan satu tilam single.

Segala yang akak cerita ini berdasarkan situasi ketika akak sampai di sana. Kelak mungkin ada lagi penambaikkan yang mereka lakukan. Maklumlah lokasi ini baru saja dikenali sebagai pelancongan di Tenom kerana faktor cuaca yang mencecah 16 darjah pada malam hari.

Masyarakat di sini tidak ramai,boleh rujuk di Ceritaku untuk lihat gambar penempatan di Rundum.

Terdapat 2 keluarga muslim disini,malahan ada 2 guru dari semenanjung yang mengajar di SK Rundum.

Waktu sesuai jika kalian ingin ke Rundum ialah jam 1 atau 2 petang untuk naik ke sini sekiranya kalian ingin terus menginap.

Jika kenderaan kalian tidak boleh mendaki ke Rundum jangan risau boleh parking saja di Pekan Kemabong dan pihak Rundum akan mengambil kalian di sana.

Segala urusan penginapan dilakukan melalui talian talipon atau facebook.

Penting di RUNDUM tiada sambungan INTERNET.


Gambar lain kalian boleh lihat di FB RUNDUM.


Tamatlah perjalanan akak dan Abe mat di Rundum. Naik dan turun pada hari yang sama,kami tidak menginap di sini. Sekadar datang untuk mengenali lokasi ini. Inshaallah jika rajin kelak kami datang menginap pula.


You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif