Rumah Hobbit , Kinomulok Garden

Assalamualaikum semua,hujung minggu ke mana? Kalau belum ada rancangan,akak cadangkan kalian ke Rumah Hobbit, atau nak senang kalian cari K...

Assalamualaikum semua,hujung minggu ke mana? Kalau belum ada rancangan,akak cadangkan kalian ke Rumah Hobbit, atau nak senang kalian cari Kinomulok Garden. Terletak di Lohan Ulu,bunyi macam jauh kan. 

Sebenarnya ianya masih berada dalam Ranau. Atau nak senang kamu cari saja SMK Lohan. Jumpa sekolah ini memang dengan yakin, pasti kamu jumpa Rumah Hobbit ini. Dari SMK Lohan kamu maju menuju ke jalan Poring (tapi tidaklah sampai ke sana). Intai-intai papan tanda lokasi ini di sebelah kanan jalan. Ingat papan tanda lokasi ini tidaklah besar ,ianya papan tanda biasa saja (ada kami cadangkan pada pihak pekerja rumah hobbit ini supaya disampaikan pada bos mereka untuk membina papan tanda lebih unik dan kreatif agar ianya lebih menarik pelancong).



Nah...akak belanja sekeping gambar Rumah Hobbit. Yang lain kamu terjah di HALAMAN CERITAKU UNTUK MU.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Bagi yang nak tahu pelbagi info mengenai Rumah Hobbit ini,kalian boleh baca di SINI. Nak tanya apa saja mengenai lokasi ini,terus saja chat mereka. 


Ada penginapan di sini. Canggihnya kamu boleh guna aplikasi booking.com cari Hobbit Home.


Tips travel dan kesihatan :

  1. Lokasi ini panas dan terdedah terus pada sinaran matahari. Akak nasihatkan kamu bawa topi atau payung. Mana-mana yang sesuai.
  1. Bawa juga pakaian mandi dan persalinan kerana ada kolam yang khas boleh dewasa dan kanak-kanak mandi di sini.
  1. Sediakan wang saja kerana mereka menyediakan cafe. Bolehlah kamu mencuba resepi masakan sabah di sini.
  1. Jangan lupa pakai kasut atau sandal yang sesuai,manalah tahu kamu nak naik basikal elektrik,main ATV atau mendaki ke rumah hobbit yang di bukit.
  1. Pastikan bawa power bank kerana sini banyak lokasi "hot" lagi cantik untuk bergambar kenangan.
  1. Nak menginap di sini pun boleh. Sila hubungi pihak pengurusan di kaunter depan.
  1. Boleh menyewa pakaian unik seperti dalam "movie hobbit" ada disediakan pakaian tersebut di kaunter masuk.
  1. Datang awal pagi untuk berjalan santai sambil bergambar atau lewat petang untuk dapatkan pencahayaan bergambar yang cantik.

Gambar-gambar menarik berkaitan lokasi ini boleh kamu lihat :

  1. KKCITY
  1. KakMahh


Sekian saja perkongsian kali ini,hingga kita jumpa lagi.


You Might Also Like

2 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif