Menu pelik pilihan kami

Abe Mat kalau masuk saja kedai makan,dia akan tanya apa menu yang pelik/istimewa hidangan kedai. Itulah rutinnya. Ini pula kalau berjal...


Abe Mat kalau masuk saja kedai makan,dia akan tanya apa menu yang pelik/istimewa hidangan kedai. Itulah rutinnya. Ini pula kalau berjalan di negara orang dan peniaganya muslim dah pasti halal. Saya pun tak ingat nama daun kayu ini,kerana di Malaysia memang ada hanya kita saja tidak tahu cara nak memasaknya.


Digoreng bersalut tepung beras dan diletakkan seekor anak udang ditengahnya.Memang sedap,tak mabuk,betul...saya dan Abe Mat makan.


Ini pula pemandangan dari belakang gerai jualan. Sememangnya setiap petang mereka akan buka gerai jualan disini.Jadi bagi yang datang berkenderaan di sini tak perlulah risau untuk mendapatkan makanan halal.Majoriti penduduk disini menganuti agama Islam.

You Might Also Like

6 rajin tulis

  1. Nampak cam daun ubi... ye ke?. nampak marveles je ngan udang.

    ReplyDelete
  2. Kak Mah, tu cam udang celup tepung je.. yea ke? tentu la halal, udang kan... kalo ayam tu..fikir 2 kali nak makan ke tak, hehehe...

    ReplyDelete
  3. teringin la...huhu. sama gak, mmg suka try makanan pelik2 kalau pg tempat org

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu,
    orang Siam suka makan pucuk2 dan daun kayu! Ni goreng cucuq dgn udang, unik!

    ReplyDelete
  5. Semua nak tahu nama apakan...maaf kami dah lupa apa nama daun kayu yang digunakannya.Tapi ianya tidak memabukkan dan sedap dimakan bergoreng celup tepung dan cicah sos buatan sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif