Koh Lanta, Krabi

Selesai sarapan makan nasi kerabu berulam dan bihun. Kami meneruskan perjalanan ke Koh Lanta. Mesti ramai nak tahu di mana Koh Lanta ni...


Selesai sarapan makan nasi kerabu berulam dan bihun. Kami meneruskan perjalanan ke Koh Lanta. Mesti ramai nak tahu di mana Koh Lanta ni. Terletak di pantai barat laut andaman,lokasinya antara Krabi dan juga Phi Phi Island.Pulau ini tak besar sangat sekitar 6km lebar dan lebih kurang 30km panjang.Kalau anda nak tahu ada lebih kurang 9 lokasi pantai dari utara ke selatan Koh Lanta,ianya pula berada lokasi matahari terbenam. Sesuai bagi yang berminat melihat matahari terbenam.


Ini lah satu-satu pengangkutan utama supaya kenderaan dan penumpang boleh sampai di Koh Lanta.



20 ribu penduduk yang tinggal di Koh Lanta,antaranya puak Chao Ley/Sea Sypsies/Islam dan Cina. Unik dan inilah masyarakat majmuk.Sumber ekonomi penduduk di sini ialah pertanian seperti penanaman getah,perikanan/nelayan dan penangkapan udang.Bagi yang biasa ke Krabi sudah sedia maklum bahawa makanan laut merupakan hidangan istimewa dalam menu restauran tempatan.


Asyik bercerita rupanya dah sampai  kita....



Ini dia pemandangan lokasi berhampiran pantai,ketika gambar ini diambil Abe Mat bawa slow dan relak saja walau pun panas,sambil mata melilau mencari lokasi penginapan. Hajat hati kami nak cari lokasi bilik/motel yang betul-betul di lokasi pantai. Nak rasa pengalaman tidur di pantai....Bagi yang berkeinginan ke sini dicadangkan datang pada bulan NOVEMBER - APRIL,kerana itu merupakan masa yang sesuai melawat Koh Lanta.

You Might Also Like

6 rajin tulis

  1. jom long dis nie..tapi musim hujan tak??

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu,

    Macam Pulau Langkawi pun ada...tapi lebih natural kerana kurang pembangunan!

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...akan sampai juga...

    ReplyDelete
  4. wahh..
    nampak best la..

    salam kenal kakmah..
    makneng follow kakmah..
    jom follow makneng plak

    ReplyDelete
  5. Dkna...Disember hujan macam di Malaysia...tapi sekarang hujan tak lah lebat bawa payung lah.Kak Yong,Koh Lanta lebih kurang Langkawi juga...hanya Langkawi lebih maju.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif