Sabah - Long Pasia Sipitang

ceritaku.my

Assalamualaikum,salam dari kejauhan. Ini merupakan deretan entry yang tertangguh dek beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan. Akak dan Abe Mat sudah jejak kaki di tanah yang diberi nama LONG PASIA.

Satu perjalanan jauh yang kami buat tahun lepas. Iya tahun lepas 2016,kan dah beritahu ini entry tertangguh...hihii,abaikan! Berbalik pada perjalanan ke lokasi yang diberi nama Long Pasia ini.Ianya terletak dalam daerah Sipitang. Bila bergerak dan berjalan baru lah kami tahu setiap daerah di Sabah ini sangat luas. Lokasi liputan satu daerah pula sangat besar dan diluar jangkaan kami.


ceritaku.my

Dari jalan utama di Sipitang untuk menuju ke Long Pasia mengambil masa 3 jam lebih kurang,itu kami guna kenderaan 4X4 wheel. Memang disarankan menggunakan pacuan 4 roda untuk perjalanan sebegini. Ianya lebih selamat dan paling penting pacuan 4 roda memang khusus untuk keadaan jalan raya sebegini.


ceritaku.my

Perasaan kami ? Teruja,maklumlah Long Pasia ini lokasi popular ...cuba tanya kawan-kawan,sebab lokasi ini menjadi sebutan antara lokasi jauh dan kena melalui jalan pembalakan sejauh lebih kurang 123km. Bayangkan dalam perjalanan ke Long Pasia,hutan! HUTAN. Tetapi tidaklah menakutkan berbanding HUTAN yang pernah akak terjah di KALIMANTAN beberapa tahun lepas.

ceritaku.my

Sempat singgah dibeberapa lokasi kedai runcit semasa perjalanan ke Long Pasia. Abe Mat dapatkan beberapa maklumat dari warga tempatan. Hutan disini bukan sebarang hutan rupanya. Hutan disepanjang perjalanan menuju ke Long Pasia ini berpenghuni. Menakutkan?


ceritaku.my

Takut ke nak ke Long Pasia? Hutan ada penghuni,memang akak taip hutan pembalakkan sepanjang perjalanan ke Long Pasia ini ada penghuni. Iya sepanjang jalan hingga sampai Long Pasia. Nama lagi hutan,dan lokasinya untuk kerja balak,kalau tiada manusia yang bekerja siapa nak keluarkan balak dari hutan. Dan untuk info semua,sepanjang jalan ke Long Pasia ini merupakan lokasi perkampungan warga tempatan. Kita saja tidak nampak sebabnya kita melalui jalan utama. Kampung-kampung pula kena masuk melalui jalan-jalan kecil.


ceritaku.my

Perjalanan yang menggoncangkan kepala,hingga pecah tutup kaca periuk akak. Akhirnya sampai juga akak di Long Mio. Kenapa pula tempat lain ni? Tadi kata nak ke Long Pasia. Weiii! tempat ni sebelah-menyebelah saja,jiran ni. Salam kenal dari Long Mio. Kami nama Long Mio jiran dekat Long Pasia. 


ceritaku.my

ceritaku.my


Gambar diatas merupakan antara kemudahan yang boleh dilihat di Long Pasia. Maklumat yang akak dapat pejabat kawalan imigresen juga berfungsi dengan penggiliran staf. Jangan kata ada pejabat saja,stafnya ada juga.

Malangnya akak dan Abe Mat tidak bermalam disini,kebetulan waktu kami ke sana ialah musim kemarau. Sumber air amat terhad. homestay ada ,baru dan cantik...maaf lupa ambil gambar. Tetapi awal-awal lagi pemilik homestay memaklumkan sudah 2 bulan lokasi mereka ini tidak ada bekalan air. Patutlah masa perjalanan ke sini ada akak ternampak beberapa kenderaan membawa tong biru.

ceritaku.my

Akhirnya kami keluar semula ke pekan,memang menakutkan. Kenapa? Sabah kan malam awal,dalam keadaan gelap kami terjah keluar...kabus tebal...antara nampak dengan tidak kenderaan di depan. Kelajuan kenderaan sekitar 50-60km/jam akibat kabus. Ada juga diperjalanan kami berhenti sekejab dipinggir jalan kerana langsung tidak nampak objek dihadapan,lampu tinggi kenderaan dihidupkan,begitu juga dengan lampu signal "kecemasan". Agak menakutkan...macam-macam dalam kepala terbayang,mana tahu tetiba muncul harimau... Akhirnya kami selamat sampai juga. Kalau ada rezeki nak lagi ke Long Pasia tapi kena pastikan bermalam.

Sekian,coretan Long Pasia,hingga jumpa lagi.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home