Sarawak - Lawas
Sarawak - Lawas
2/06/2017
Assalamualaikum,salam februari 2017. Lama tak menulis,akak sibuk sikit. Kali ini nak cerita pasal akak ke Lawas. Siapa tahu dimana Lawas ini? Lokasinya ialah Utara Sarawak,dalam daerah Limbang dan ianya merupakan antara pintu masuk utama bagi rakyat Brunei untuk ke Sarawak.
Di pasar Lawas ini jualan makanan basah dan kering banyak terdapat di sini. Memang meriahlah kalau singgah sini,walau pun sekadar menjadi penonton.
Kalau ke Lawas akak suka sangat singgah makan di Pasar Besar Lawas. Mee kolok di sini merupakan antara menu kesukaan akak. Kena datang awal pagi,kalau tidak kehabisan menu mee kolok.
Lawas merupakan hentian rehat jika kita nak ke Ba'kalalan. Lokasi yang terkenal dengan penanaman epal dan pernah satu ketika dulu ianya tersiar dalam Majalah 3 TV3.
Sempat juga kami singgah dan berjumpa dengan kawan di Mengkalap. Lama tak jumpa. Jarak antara Kota Kinabalu ke Lawas ialah lebih kurang 200km. 2 ,3 atau 4 kali jugalah kalau bermotorsikal kami berhenti rehat.
Sebenarnya Lawas merupakan lokasi pesta REGATA LAWAS. Bila pesta regata ini memang tempahan hotel tidak mencukupi bagi para pengunjung. Malah kami pernah alami kejadian patah balik ke Kota Kinabalu selepas melihat pesta regata kerana hotel penuh. Homestay ada tapi ianya tidak berbaloi untuk kami berdua.
Bandar Lawas tidak besar tetapi ianya mencukupi keperluan kemudahan bagi penduduk di situ. Ada hotel Seri Malaysia begitu juga hotel budget yang lain. Kedai 1 Malaysia juga ada. Kegemaran ramai Kedai KFC juga bersebelahan Pasar Besar Lawas. Yang lainnya ialah gedung-gedung pakaian dan barangan.Dan menurut kawan jika dia nak makan ikan segar mereka akan memandu ke Kota Kinabalu,kerana bekalan makanan basah seperti ikan,sotong dan sebagainya diperolehi dari bandar Kota Kinabalu.
Oklah ...sikit saja cerita Lawas,nak cari gambar Regata pula,kalau ada kita boleh pakat tengok..(slanga kelate dah tubik)...bye.
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif