Assalamualaikum,salam jelajah eropah dari kami. Kami tak berlama di Slovenia ini. Untuk pengetahuan pembaca Ljubljana ini merupakan bandar yang beriklim oceanic atau kata mudah fahamnya ialah subtropika lembap. Best sejuk, nyaman pada pagi hari rujuk gambar yang saya sertakan di bawah.


www.ceritaku.my

Untuk perjalanan yang seterusnya kami menggunakan keretapi. Lebih murah dan menjimatkan. Nak tahu dan kalau nak lihat gambar pergerakan kami kenalah tunggu entry akan datang. Tahukah anda Ljubljana ini merupakan ibu kota eropah yang paling basah. Apa tidaknya dengan iklim subtropika. Dan yang paling penting bandar ini sangat terkenal kerana kabus. Patutlah ketika di Slovenia ini kami tak rasa panas.Berkabus.


www.ceritaku.my

Bangunan di sini banyak dipengaruhi dengan gaya Venice / Baroque. Dekatkan jarak antara negeri tersebut,itu lah faktor yang saling mempengaruhi.


www.ceritaku.my

Kami naik tren menuju ke Zagreb. Harga tiket euro 16.40.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Dari Hotel Celica sesudah sarapan kami berjalan kaki selama 15 minit ke stesen keretapi. Kaki kena kuat, nak berjalan dan badan perlu bertenaga nak memikul beg. Terima kasih Abe Mat yang memikul beg saya.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Hanya 2 jam saja dari Slovenia ke Zagreb. Best juga rasa naik keretapi di Slovenia. Bye. Kita jumpa di Zagreb.




Assalamualaikum....Slovenia. Apa khabar orang Ljubljana? Kami dah sampai di Ljubljana. Kali ini kami menaiki bas. Kalian ingat tak lokasi terakhir kami sebelum ini. Lupa ye...tak mengapa,lokasi terakhir kami sebelum ini ialah Venice. Dari Venice ke Ljubljana hanya 160 batu atau 260 km saja. Bas pengangkutan yang paling cepat berbanding keretapi. Kalau nak ke Budapest pula sangat dekat iaitu 400 km atau 250 batu dari Ljubljana,Slovenia ini. Koleksi gambar jelajah dalam Album ini. 


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sampai juga kami di Slovenia. Kalau kalian nak tahu,pusat bandar Slovenia,Ljubljana ini terletak di sepanjang Sungai Ljubljana. Kononnya bandar Ljubljana ini diberi nama sempena nama sungai ini. Depan kedai ini ada kedai halal...tuan kedainya rakyat Bosnia. Menunya kebab.


www.ceritaku.my

Untuk pengetahuan pembaca, bahasa utama di sini ialah Slovenia. Agak sukar nak berkomunikasi. kena cari pemuda atau pemudi kalau nak bercakap sebab mereka boleh bertutur dalam bahasa inggeris.Lupa nak beritahu. Penduduk di sini boleh memahami bahasa Bosnia, Croatia dan Serbia,jadi kalau kalian mahir bahasa ini seronoklah berborak!


www.ceritaku.my

Bandarnya bersih dan tenang. Kenderaan awam macam tak banyak,atau sebab bukan kawasan sibuk tak tahulah. Tunggu kami gerak cari hotel dulu.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Uniknya senibina bangunan di Slovenia,seperti gaya Venice/Baroque. Mungkin jarak antara 2 negara ini yang saling mempengaruhi.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Jambatan triple merupakan 3 jambatan yang menghubungkan 2 pusat bandar.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami sangat bertuah kerana ketika kami jelajah ke Slovenia ini,kami dapat melihat sesuatu yang menarik mengenai sambutan kebudayaan mereka. Siap dengan tarian di dataran ini lagi. Menyeronokan kerana suatu adat budaya  asing yang dapat ditonton dan memang sengaja dipamerkan kepada pelancong.


www.ceritaku.my

Untuk info seterusnya,kenapa kami naik bas ke Ljubljana. Paling utama sebabnya murah hanya 2.70 Euro saja,berbanding dengan keretapi yang memang mahal iaitu 25 Euro seorang. Kami backpack budjet...nak murah,nak jimat dan yang penting nak enjoy sepanjang jelajah. Lagi gambar menarik boleh lihat dalam  ALBUM 1, ALBUM 2,dan  ALBUM 3, Enjoy! nanti kita jumpa lagi.

www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam jelajah eropah dari kami berdua.

www.ceritaku.my

Jangan risau bab makan di negara Eropah. Banyak makanan halal,yang penting kena rajin mencari.

www.ceritaku.my

Tak boleh bersantai lama di Paris. Kami kena bergerak ke Itali pula.


www.ceritaku.my

Seperti entry sebelum INI sila baca. Kami seronok menggunakan pengangkutan awam yang menjimatkan. Sesuai sangat dengan jelajah budget dan menyeronokan ini. Jom ke Venice!


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Jangan risau untuk buat laporan kepada keluarga,kerana mereka menyediakan perkhidmatan " wifi onboard" boleh layan apa saja sehingga bateri habis. Sekali lagi jangan risau sebab kalian boleh caj bateri phone dalam bas. Mudahkan.


www.ceritaku.my

Sambil layan internet sambil mata lihat pemandangan. Cantik!

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga di Venice.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sila teliti gambar di atas. Insyaallah kalau kalian ke sana dan ada sebarang perubahan silalah maklumkan pada kami. Baiklah sila scroll bawah.... saya belanja pembaca semua gambar yang diambil ketika dalam perjalanan ke Venice.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Apa yang pembaca lihat adalah sama seperti mata kami berdua lihat secara langsung di sana. Kebanyakan bangunan mereka merupakan bangunan lama. Maklumlah negara mereka lebih maju berbanding negara kita yang baru menuju ke arah negara maju. Bagi saya senibina bangunan negara mereka sangan unik dan menarik. Kalau saya diberi peluang ke sana lagi memang saya tidak akan melepaskan peluang jelajah ini. Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan gambar entry di atas. Kita berjumpa di entry akan datang Wasalam.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home