Dengan bas kami ke Ljubljana,Slovenia

Assalamualaikum....Slovenia. Apa khabar orang Ljubljana? Kami dah sampai di Ljubljana. Kali ini kami menaiki bas. Kalian ingat tak lokasi...


Assalamualaikum....Slovenia. Apa khabar orang Ljubljana? Kami dah sampai di Ljubljana. Kali ini kami menaiki bas. Kalian ingat tak lokasi terakhir kami sebelum ini. Lupa ye...tak mengapa,lokasi terakhir kami sebelum ini ialah Venice. Dari Venice ke Ljubljana hanya 160 batu atau 260 km saja. Bas pengangkutan yang paling cepat berbanding keretapi. Kalau nak ke Budapest pula sangat dekat iaitu 400 km atau 250 batu dari Ljubljana,Slovenia ini. Koleksi gambar jelajah dalam Album ini. 


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sampai juga kami di Slovenia. Kalau kalian nak tahu,pusat bandar Slovenia,Ljubljana ini terletak di sepanjang Sungai Ljubljana. Kononnya bandar Ljubljana ini diberi nama sempena nama sungai ini. Depan kedai ini ada kedai halal...tuan kedainya rakyat Bosnia. Menunya kebab.


www.ceritaku.my

Untuk pengetahuan pembaca, bahasa utama di sini ialah Slovenia. Agak sukar nak berkomunikasi. kena cari pemuda atau pemudi kalau nak bercakap sebab mereka boleh bertutur dalam bahasa inggeris.Lupa nak beritahu. Penduduk di sini boleh memahami bahasa Bosnia, Croatia dan Serbia,jadi kalau kalian mahir bahasa ini seronoklah berborak!


www.ceritaku.my

Bandarnya bersih dan tenang. Kenderaan awam macam tak banyak,atau sebab bukan kawasan sibuk tak tahulah. Tunggu kami gerak cari hotel dulu.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Uniknya senibina bangunan di Slovenia,seperti gaya Venice/Baroque. Mungkin jarak antara 2 negara ini yang saling mempengaruhi.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Jambatan triple merupakan 3 jambatan yang menghubungkan 2 pusat bandar.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami sangat bertuah kerana ketika kami jelajah ke Slovenia ini,kami dapat melihat sesuatu yang menarik mengenai sambutan kebudayaan mereka. Siap dengan tarian di dataran ini lagi. Menyeronokan kerana suatu adat budaya  asing yang dapat ditonton dan memang sengaja dipamerkan kepada pelancong.


www.ceritaku.my

Untuk info seterusnya,kenapa kami naik bas ke Ljubljana. Paling utama sebabnya murah hanya 2.70 Euro saja,berbanding dengan keretapi yang memang mahal iaitu 25 Euro seorang. Kami backpack budjet...nak murah,nak jimat dan yang penting nak enjoy sepanjang jelajah. Lagi gambar menarik boleh lihat dalam  ALBUM 1, ALBUM 2,dan  ALBUM 3, Enjoy! nanti kita jumpa lagi.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif