2/05/2018
Sambal bambangan
2/05/2018Buah bambangan yang sudah dikupas Assalamualaikum... kali ini akak nak kongsi dengan kalian resepi enak dan menyelerakan untuk santap...
![]() |
| Buah bambangan yang sudah dikupas |
Assalamualaikum... kali ini akak nak kongsi dengan kalian resepi enak dan menyelerakan untuk santapan kalian. Pastinya sangat sedap untuk peminat sambal resepi asli menu tempatan khas dari Sabah.
![]() |
| Buah bambangan yang berkulit |
![]() |
| Sambal bambangan |
Bahan-bahannya:
1. Buah bambangan - ikut suka nak buat banyak mana. Ditumbuk kasar
2. Cili padi - ikut betapa pedas kita nak makan. Ditumbuk kasar.
3. Ikan masin - digoreng terlebih dan ditumbuk kasar.
4. Gula - ikut sesedap rasa.
Sudah ada semua bahan di atas. Mari baca cara membuatnya :
1. Kita proses buah bambangan dahulu . Pastikan buah dikupas buang kulitnya serta dicincang halus. Selesai, buah ketepikan. (Akak tumbuk kasar saja buah ini.)
2. Goreng garing ikan masin (ikan kuantiti -ikut sesuka hati kamu -gunanya sebagai ganti garam untuk masin).
3. Tumbuk cili padi .
4. Semua bahan yang selesai ditumbuk atau cincang digaul sebati dan dicampurkan gula bagi mengimbangi rasa.
5. Siap sambal bambangan-sedia untuk hidangan.
5. Siap sambal bambangan-sedia untuk hidangan.
Senang resepi ini. Kalau sesiapa yang tahan boleh makan begitu saja. Bagi akak sedap dimakan dengan nasi putih yang panas-panas serta ulam timun. Kiri - kanan tak toleh dah. Sampai nasi habis.
Info mengenai buah bambangan:
1. Mampu merawat kanser payudara ,kalian boleh klik LINK INI. Dalam blog kawan akak ini sudah diceritakan dengan detail. Rajin-rajinlah membaca di link diatas.
2. Selain itu rahsia kehebatan buah ini turut mendapat liputan akhbar tempatan , KLIK SINI.
3. Tahukah kalian buah ini boleh dibuat JERUK. Resipi jeruk BAMBANGAN.
Bacaan lain untuk info berkaitan buah bambangan:
1. Buah bambangan - anti kanser 24 jam 2. Khasiat buah bambangan dalam siaran media - kanser payu dara 3. Khasiat bunuh kanser - buah bambangan
Kesimpulannya:
Setiap buah-buahan atau herba atau sayuran ada kehebatan dan khasiat tersendiri. Makanlah jika kita mampu makan,kerana kesihatan itu penting dalam kehidupan kita. Jangan risau selain buat sambal,buah ini boleh dimakan terus. Jika anda bernasib baik dapatlah makan buah bambangan yang manis,kalau terkena buah yang masam jangan dibuang. Buatlah sambal seperti yang akak buat. Untuk makluman resepi ini akak tanya warga tempatan balik rumah akak buat sendiri ikut selera akak. Jadi kamu pun boleh lah buat ikut selera sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi khasiat buah bambangan. Jangan lupa follow akak di https://www.facebook.com/kakmahh/?ref=bookmarksfacebook-Ceritaku untuk mu.








































