India - Stesen Keretapi Red Fort
Tips travel dan kesihatan
Stesen keretapi Red Fort
1/08/2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Selamat tahun baru. Untuk pertama kali tahun 2018 ini akak kongsi gambar kejadian. Mesti tengok gambar baru seronok nak baca cerita akak seterusnya.
Subuh
Sangat mencabar ketika ini. Maklumlah pepagi buta dah dengar teriak hon keretapi yang kuat. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 lebih. Pagi.
Bukan setakat keretapi yang teriak hon. Yang melintasi landasan itu paling kuat suara teriak. Tahu pula takut kena langgar keretapi.
Lokasi
Kejadian ini berlaku di stesen keretapi Red Fort. Stesen ini merupakan stesen keretapi yang menghubungkan Agra dengan Jaipur. Jadinya sesiapa nak ke Jaipur kena naik di sini. Akak nak beritahu kalau nak ke Jaipur keretapi terawal jam 5 pagi. Jadi penumpang kena datang awal sejam dari waktu operasi. Kebetulan pula keretapi yang kami nak naik ini lewat 1 jam dari jadual asal.
Jejantas
Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya ada jejantas untuk penumpang menyeberang antara satu terminal/pintu berlepas. Pihak berkenaan sudah menyediakan kemudahan jejantas bagi kemudahan pergerakan penumpang antara setiap terminal.
Sikap
Sikap tidak mahu susahkan diri, maksud akak mereka tidak mahu menggunakan jejantas yang tersedia untuk ke terminal di depan mereka. Tindakan mereka ini bukan saja merbahaya pada diri sendiri tetapi juga akan menyukarkan pihak berkenaan jika berlaku kecelakaan di kawasan ini.
Tip travel
Akak kongsi tip travel,ketika berlaku di sini Red Fort Stesen. Pastikan kalian menjaga beg kalian,dan jangan sesekali tinggalkan beg tanpa pengawasan. Bawa air mineral yang secukupnya untuk minuman sepanjang perjalanan atas keretapi. Pastikan juga tiket keretapi tersimpan rapi dalam poket kalian. Jangan lupa sanitizer sepanjang pergerakan kalian di India,banyak kegunaannya. Oooo...bekalan seperti kekacang,minuman manis pun diperlukan kerana dikhuatiri kita lapar bila melihat penumpang lain membeli makanan didalam keretapi. Kalau kalian nak membeli makanan dari penjaja atas keretapi boleh saja,dipersilakan.
Sekian saja perkongsian pendek akak bagi edisi terjah India kali ke 2. Akak jelajah India kali pertama tahun 2014 dan ini merupakan video terkini 2017 yang baru sangat akak selesai. Inshaallah akak akan kongsi lagi.
31 rajin tulis
Tak pernah lagi bermusafir di India. Macam tak berani nak pergi sebab macam ada persepsi -ve. Nak minum air pun tak bole sebarangan sebab dikhuatiri sakit perut.
ReplyDeleteIya... Akak dulu begitu, jom kopi2 kita cerita detail.
DeletePengalaman best tu. Rasa teringin juga nak mengembara ke luar negara. Moga tercapai nanti...
ReplyDeleteinshaallah semoga tercapai hasrat.
DeleteAlaa tak boleh pulak bukak video tu. This year mmg planning nak ke India pulak, Jaipur mmg dlm list
ReplyDeleteMaaf video malu nak beraksi,dah ganti dengan sekeping gambar kejadian.
DeleteMenariknya dapat pergi India. Bagi kiteorang yang tak dapat nak pergi ke luar negara, tengok video pun dah rasa nikmat tau
ReplyDeletewahhh i saw video that people even sitting on top of the train while it is moving! so dangerous!
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Pelbagai aksi gelagat masyarakat India dengan pengangkutan awam ini.
DeleteAlaaa... Video tu tak boleh bukak lah. Diorang lebik suka menyeberang landasan dari naik jejantas ye.
ReplyDeleteMaaf video segan nak beraksi,sudah diganti dengan gambar. Iya menyeberang bawah lebih cepat.
Deletetip travel especially menjaga barang sendiri memang perlu and kena berhati-hati kalau ada orang jahat masukkan sesuatu yang pelik dalam bag kita tanpa disedari.
ReplyDeleteSenantiasa berwaspada dan menjaga harta peribadi.
DeleteBagus share tips ni. Mana tahu ada rezeki pergi boleh rujuk
ReplyDeleteTerima kasih Mimi.
Deletemenarik juga kan....bila ada pengalaman macam ni...klu ada rezeki ke sini, pasti entri ini akan dirujuk terlebih dahulu
ReplyDeleteTerima kasih, Ayuarjuna.
DeleteMenariknya pegi india. Dapat lihat cara kehidupan mereka mesti byk membuka mata.
ReplyDeleteSetuju,kita belajar banyak cara kehidupan bila melihat negara orang.
Deletebestnya dapat bermusafir ke India. pengalaman menarik ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Terima kasih Maisarah.
Deleteseronok bila tengok kembara kawan-kawan. Moga ada rezeki Sal satu hari nanti...
ReplyDeleteInshaallah,dipermudahkan rezeki buat Salina
Deleteseronok yer kembara ke negara orang . Jauh perjalanan luas permandangan
ReplyDeleteSetuju Huda.
DeleteNegara yang nak travel dalam wishlist ialah India. Menarik nak belajat adat dan budaya kat sana.
ReplyDeleteBoleh dah tu Lia,buat perancangan ke India.
DeleteIt must have been quite an experience to visit. Will be needing to travel more on my end too.
ReplyDeleteWow, really dangerous their attitude. Train speed is x100 times faster than human being reaction. safety is first priority.
ReplyDeleteNanti boleh pergi India tapi macam risau pula. Kena hati-hati dan jaga barangan kalau macam ni. Sikap dorang yang suka membahayakan nyawa macam ni buat kita risau.
ReplyDeleteKena sentiasa waspada walau ke mana saja kita mengembara.
DeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif