Melaka Bandaraya Bersejarah
6/23/2017Assalamualaikum,salam dari negeri baba nyonya, ini memang sungguh lama gambarnya. Antara koleksi entry yang terperap yang akhirnya berjay...
Bulan melawat Kiulu 2017
6/19/2017Assalamualaikum,salam jelajah dari kami. Kali ini akak nak cerita kisah Bulan melawat Kiulu. Yang berlangsung pada bulan April yang lep...
Assalamualaikum,salam jelajah dari kami. Kali ini akak nak cerita kisah Bulan melawat Kiulu. Yang berlangsung pada bulan April yang lepas. Kiulu terletak di daerah Tamparuli yang jaraknya lebih kurang 42km dari Kota Kinabalu.
Untuk pengetahuan pembaca setiap minggu setiap daerah di Sabah ini ada pelbagai aktiviti yang dilakukan yang melibatkan masyarakat setempat dan ianya berfungsi sebagai daya tarik pelancong untuk datang beramai-ramai melancong ke Sabah.
Kalau pembaca nak tahu, di Kiulu lokasi yang terkenal dengan aktiviti "water rafting". Kalau nak basah dengan air sungai,boleh lah datang sini. Aktiviti water rafting ini amat digemari oleh pelancong dari Korea, China dan Taiwan.
Berbalik dengan kisah bulan melawat Kiulu,ini merupakan kali pertama diadakan di sini. Untungnya akak dapat melihat pelbagai hasil tradisi termasuk masakan tradisional,pakaian dan peralatan muzik. Memang meriah,dan ada juga dipertandingkan masakan dikalangan warga asal.
Oklah dah tak larat nak taip panjang-panjang. Akak kongsi beberapa link untuk pembaca yang nak tahu mengenai water rafting, Water Rafting 1, Water Rafting 2, dan Water Rafting 3 harap ianya dapat membantu kalian membuat tempahan awal. dan jang lupa ada musim air pasang yang sangat BEST untuk aktiviti ini,kalau airnya tenang tak seronok juga.
Bye,hingga kita jumpa lagi.
Bukit Fraser, Pahang
6/14/2017Salam dari Raub ,Pahang. Salam angin sejuk 17-24 C. Mujur tidak beku di sini. Kalau di Pahang nak lokasi sejuk selain Genting Highland, a...
Gambar ini diambil depan kedai,betul-betul berhadapan landmark Bukit Fraser.
Ini pula batu/ tugu penerangan mengenai Bukit Fraser yang berada di bawah ,sebelum menaiki Bukit Fraser.
Lodge 37 , Ranau
5/13/2017Assalamualaikum,dah habis buat kerja? Bolehlah baca pelbagai kisah benar pergerakan menjelajah kami dalam blog ini. Apa yang akak tulis...
Ini merupakan ruang utama depan kaunter pendaftaran check in bilik. Bagi yang berminat nak cuba bermalam di Lodge 37 boleh layari laman sesawang.
1. Agoda.com
2. Booking.com
3. Tripadvisor-boleh baca review Lodge ini.
4. Facebook-boleh direct booking.
5. Hotel.com
Manisan Turki @ Turkish Delight
5/11/2017Kunefe/kadaif Assalamualaikum. Salam rasa sedap dari benua Eropah dan Asia. Rasa enak,dan sedap yang pasti kalian tidak...
![]() |
| Kunefe/kadaif |
Assalamualaikum. Salam rasa sedap dari benua Eropah dan Asia. Rasa enak,dan sedap yang pasti kalian tidak dapat lupa ialah manisan yang sedap mata memandang tetapi sedap lagi lidah merasa,kenyang perut terisi.
Kalau ke Turki,jangan lepaskan peluang membeli dan merasa pelbagai manisan popular mereka yang sedap dan enak ini.
Kalau lihat di laman sesawang MUDAH.Com Baklava ,boleh pembaca booking online saja. Senang kan.
Oklah entry kali ini ringkas saja,belanja gambar sedap . Kita jumpa di entry akan datang.
Pulau Banggi
5/08/2017Assalamualaikum, salam dari Pulau terbesar di Malaysia . Pulau terbesar di Malaysia ialah Pulau Banggi,mungkin ramai yang tidak tahu men...


















































