Munok @ Mundok , Thailand

Assalamualaikum, apa khabar orang sempadan? Mesti semuanya sihat dan gembira. Apa khabar rakan pembaca sekalian? Terima kasih setia kek...

www.ceritaku.my


Assalamualaikum, apa khabar orang sempadan? Mesti semuanya sihat dan gembira. Apa khabar rakan pembaca sekalian? Terima kasih setia kekal membaca blog ini, Kali ini akak nak tulis kisah lokasi membeli-belah yang menjadi tumpuan ramai.

Munok @ Mundok 

Umum sedia maklum,ini merupakan lokasi membeli-belah yang paling seronok untuk para pelancong dari Malaysia. Untuk pengetahuan kalian sempadan ini pernah ditutup oleh pihak berkuasa buat seketika,namun ianya telah dibuka semula untuk operasi perniagaan 2 negara yang berjiran ini.

Untuk lihat gambar menarik persekitaran Munok @ Mundok ,lihat bawah :
  1. Kak Mahh
  1. Instagram
  1. Kimi
  1. Mrjocko


Selalunya bagi yang datang melalui jalan darat dari Kelantan,mereka akan menggunakan perkhidmatan "perahu atau bot tambang". Setiap individu dikenakan bayaran RM2 sehala,maknanya kalian perlu membayar RM4 perjalanan bot pergi dan balik.


Jika dahulu ,hanya RM1 saja bayaran dikenakan. Sekarang serba-serbi sudah ada kenaikan harga.

Apa yang menarik di Munok @ Mundok :

  • Pakaian yang cantik,meliputi pakaian lelaki,wanita juga kanak-kanak.
  • Tot0 -design terkini,
  • Cadar yang cantik dan murah.
  • Tudung,pelbagai design terkini.
  • Makanan .

www.ceritaku.my

Gambar di atas merupakan landmark di jalan utama sebelum menuju masuk ke lokasi jualan ,Munok.

Kalau yang menyeberangi dengan bot kena berjalan kaki keluar sikit dari lokasi kedai jualan untuk ke sini. Bolehlah nak swafoto sambil lihat negara sendiri.

Selamat atau tidak lokasi Munok @ Mundok.

Jangan risau keselamatan terjamin,kerana ada anggota keselamatan yang bertugas di lokasi penyeberangan- dua negara.Jika ada situasi tidak selamat lokasi ini,tidak dibenarkan beroperasi jual-beli.Paling penting,kita sebagai pengguna boleh bertanya pada pihak berkuasa untuk mengetahui situasi semasa.

Pengalaman kami:


Ini merupakan kali kedua,kami datang membeli di sini . Kami datang melalui laluan sah . kami cop passport dan menaiki kenderaan sendiri . Memang kami tidak ada pengalaman menaiki bot tambang. 

Seronok juga melihat ramainya orang Malaysia datang membeli di sini. Tak kurang juga ada yang datang semata-mata nak menikmati makanan sedap di sini.

Pesanan kami,tidak kira apa tujuan kalian. pastikan bila ke sini bawa duit banyak. Kalau tidak akan kesal balik dengan tangan kosong. Jangan risau,boleh guna RM Malaysia untuk semua urus-niaga di sini.


Sekian,perkongsian akak-hingga jumpa lagi.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif