Nahandang Melangkap Homestay & Campsite

Assalamualaikum. Salam jelajah dan rekreasi dari akak dan Abe Mat. Kisah kali ini akak kongsi mengenai pengalaman kami menginap di Kota Be...


Assalamualaikum. Salam jelajah dan rekreasi dari akak dan Abe Mat. Kisah kali ini akak kongsi mengenai pengalaman kami menginap di Kota Belud.

Di Melangkap, Kota Belud.

Secara umumnya , Kota Belud sekarang amat terkenal sebagai lokasi “Camping” yang cantik dan selamat di Sabah.

Faktor tarikan dan kemudahan lokasi ini:
  • ·         Batuan yang terhampar secara semula jadi akibat dari banjir lumpur beberapa tahun lepas.
  • ·         Pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat jelas kelihatan dari lokasi ini (kena pandai-pandai cari lokasi nak rakam gambar tau).
  • ·         Penginapan yang klasik,boleh tidur dalam khemah atau didalam pondok – kalau dalam pondok dihamparkan tilam dan diberi lagi bantal juga selimut. Nyaman dan selesa.
  • ·         Dekorasi penginapan yang baru disusun dengan tujuan untuk cantik bila digambar dan sebagai hiasan lokasi ini.
  • ·         Ada dewan terbuka untuk aktiviti kumpulan.
  • ·         Bilik mandi lelaki dan wanita yang berasingan.
  • ·         Tandas lelaki dan wanita yang berasingan.
  • ·         Sumber air paip berhampiran pondok penginapan bagi memudahkan penginapan mencuci diri atau mengambil wudu’.
  • ·         Ada kantin atau kiosk jualan makanan dan minuman ringan.
  • ·         Kereta boleh masuk rapat ke pondok penginapan.
  • ·         Ada meja dan kerusi untuk santai membaca dan boleh dijadikan sebagai meja makan.
  • ·         Boleh BBQ juga- bahan bawa sendiri.


Tips travel dan kesihatan :
  1. ·         Pastikan bawa ubat nyamuk,sebab bila lokasi berair ini selalunya pasti ada nyamuk.
  2. ·         Pastikan juga bawa krim nyah-nyamuk.
  3. ·         Bawa bekal makanan dan minuman sendiri itu terbaik.
  4. ·         Tuala sendiri-sebab tidak disediakan ,ingat ini bukan hotel.


Bayaran yang dikenakan :

  • Rm6 /individu –untuk yuran kemasukan
  • Pondok – rm 55 ( ada tilam bersarung,diberi selimut 2 dapat seorang satu dan diberi bantal.


Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

  • ·         Boleh BBQ
  • ·         Mandi sungai
  • ·         Bergambar sepuas hati –matahari naik dan turun,ikut kalian.
  • ·         Sukan air – jika dating dalam kumpulan.


Kesimpulannya ,seronok jika dating ke lokasi begini dan cuaca bagus,yakni tidak hujan. Paling seronok masak-masak,walalu pun masak maggi ianya tetap menyelerakan. Lokasi ini selamat buat anak-anak kecil bermain air dengan pemantauan ibu bapa.
Tambahan pula persekitarannya yang masih terbentuk dari semula jadi memang sangat baik untuk yang dating berehat bersama keluarga.

Kalau kalian yang berhampiran ,luangkan masa berehat dan santai di sini. Sangat rilek dan boleh hilang stress dari kebingitan kotaraya.

Sekian ,hingga jumpa lagi.


www.ceritaku.my

You Might Also Like

2 rajin tulis

  1. keren kak blognya...
    mampir ke blogku juga yaa
    https://panduansatpam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. part mandi sungaaaai tu best tu !! bookmark. tempat ni memang diintai2 =D

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif