WIFI percuma

Assalamualaikum,salam jelajah laman sesawang. Bila kita berjalan atau travel sering kali kita akan kehilangan atau kehabisan data inte...

www.ceritaku.my


Assalamualaikum,salam jelajah laman sesawang. Bila kita berjalan atau travel sering kali kita akan kehilangan atau kehabisan data internet. 

Kini kita tidak perlu risau lagi,jika di rumah sendiri kehabisan data internet boleh lah pandu kenderaan ke KFC,atau McDonald. 2 lokasi ini sudah menggunakan perkhidmatan internet atau wifi percuma untuk digunakan oleh pelanggan mereka.

Senang sekarang,pergi ke lokasi berkenaan dan buat tempahan menu kegemaran kalian sambil melayari laman sesawang.

Rujuk gambar di atas. Gambar memaparkan nombor WIFI yang diberikan kepada pelanggan setelah pembelian menu makanan di KFC. Senang lah kalian,sambil makan di KFC boleh main internet. 

Untuk pengetahuan kalian hanya pembelian saja diberikan password pada resit. Dan ianya boleh digunakan oleh seorang pelanggan saja. Sebab ketika kami makan di sini,suami akak tidak boleh menggunakan password ini. Atau memang dihadkan 1 password untuk satu pelanggan. Tidak pula akak bertanya di kaunter.

Apa pun tahniah,KFC kerana ianya dapat menambat hati pelanggan agar kekal lama makan dan terus membuat tempahan di KFC.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif