Tamu Jalan Toboh , Tambunan

Assalamualaikum, akak nak kongsi gambar menarik sekitar Tamu Jalan Toboh,Tambunan. Semuanya hasil titik peluh petani tempatan. Malah a...



Assalamualaikum, akak nak kongsi gambar menarik sekitar Tamu Jalan Toboh,Tambunan.
Semuanya hasil titik peluh petani tempatan. Malah ada desas-desus meminta jika ke Tamu janganlah kita tawar-menawar atas alasan  kerana ini saja sumber pendapatan mereka untuk seminggu hidup sekeluarga.



Ini akak suka,beli boleh terus makan. Adik manis yang jual,mujur akak tak culik adik manis bawa balik Kelantan.




Kelapa pun jual bang,tapi kopek sendiri tau. Sakit tangan adik ,kalau nak kopek.



Ikan masin,akak pernah diajar oleh seorang penjual cara nak buat ikan masin begini. Tapi lupa sudah,kena pergi menuntut balik ilmu .


Durian dalit warna kuning,ada yang warna merah. Alhamdulillah rezeki akak boleh makan durian ini. 



Akak pun lupa apa nama ikan ini,yang akak ingat mereka kata ikan ini digoreng hingga hancur dan letak bawang atau cili serta makan dengan nasi panas. Sedap wei...ternak lemak.


Ini akak ambil close-up ( omputeh kata). Terliur tak?


Sayuran kampung,sebenarnya inilah menu utama penduduk yang hidup bergantung dengan pertanian. Tapi kalau nak makan sayuran kampung ini,kenalah tanya mereka cara memasaknya. Kena cara masak,memang seperiuk nasi.



Ini papan tanda lokasi tamu,berdepan dengan gereja. Kebetulan pula hari ahad,ramailah pengunjung singgah tamu setelah selesai ibadat di gereja.


Rumusannya, akak suka singgah ke Tamu. Antara sebabnya dapat berkomunikasi dengan makcik-makcik,pakcik pun ada juga. Ehhhh...abang ,adik manis pun ada tak tipu. Bila kita berkomunikasi begini kita lebih dekat dengan masyarakat malah kita pun dapat ilmu bahasa tempatan. Jangan lupa jika kalian ke Sabah,jumpa tamu singgahlah paling tidak tengok-tengok saja atau beli pisang. 

Bye,jumpa lagi.

You Might Also Like

3 rajin tulis

  1. ikan masin tu nampak sedap je kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap tapi hati-hati diet ketepi periuk nasi tarik ke tengah

      Delete
  2. Seronok baca blog ni, byk info kita dpt.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif